Tuesday, January 4, 2011

Mereka bertanya kenapa dan mengapa saya SINGLE..?? Ini jawapan nye..! =P


hai hai hai..ramai betul la yang bertanya kan soalan yang sama, sampai tak tau nak jawab apa dah. padahal dah bagi tau awal-awal kot. Muakkk la nak jawab banyak-banyak kali. bila tak di jawab kata saya ni bongkak la sombong la, macam-macam la..aishh laa haii manusia..hurm..[ ada orang kata tajuk entry ni ayat artis, ahh peduli apa, artis pon manusia jugekk ] =P Mereka tanya,'awak,kenapa status awak single..?' lahhh tu pon nak tanye jugekk ke..? dah tentu la jawapan nye saya tak ada pakwe,cowok,boyfren, hubby or whatever la kan..tu pon tak boleh pikir lagi ke..? tanya lagi, tanya lagi, dan tanya lagi. 'sebab apa awak single eh..? awak kan cantik,comel, kecik je saya tengok' aishhh..! engko perli aku la tuh..tak payah la nak puji lebih-lebih macam tu sebab saya bukan nye macam yang awak sangka kan tu tau. dusshh dusshh dusshh haaa amik engko kan da kene tumbok =P lagi, lagi dan lagi..ade pulakk yang tolong jawab kan persoalan tu macam ni ' aku tau nape ko asyik couple lepas tu single, sebab kau tu muka takkk laku' oiiiiii..!! haa ni nada marah ni..! suke suki je kata aku tak laku, tersentuh hati ni tau.. =( [ biar la diri ni tak laku, asalkan diriku bahagia ] peace =) papp papp papp, haaa kan dah kene tampar mulut tu, celupar lagi =P dan ada pulakk manusia yang cakap macam ni, 'tu la awak, dulu jual mahal dengan saya, kan sekarang dah tak ada sape nak kat awak' eiiitttt ingat hal hati dan perasaan tu boleh dipaksa-paksa ke..?? panggg panggg panggg haaa amik kau manusia, kan dah kene tampar =P [ garang ni, garang ni, garang ni tauuuu ] :D 

sudah-sudah la tu wahai rakyat jelata sekalian. hamba dah tak larat nak jawab apa yang anda persoalan kan pada hamba ni. Ni jawapan untuk mereka yang nak sangat tau tu ye.. [ takk nakk tau pon tak apa ] =P

Pertama: Saya ni bukan la memilih, tapi biar la hati saya bahagia dengan dia untuk selama
               lamanya. bukan untuk dipermainkan.

Ke-dua: Hati ni dah banyak kali dilukakan, terobek, terkoyak, ter ter ter dan ter la..AZAM
             baru lepas ni tak nak jadi benda yang sama lagi kan..

Ke-tiga: Saya tak terfikir untuk serius dengan sesiapa lagi, dengan semua orang saya kawan,
             tak ada yang serius dan lebih dari tu [ maaf pada sesiapa yang terasa ]

Ke-empat: Saya nak kejar cita-cita saya dulu, sebab cita-cita saya ni selalu lari-lari tau,
                 penat dah nak kejar =P

Ke-lima: Insyaallah..ajal maut, jodoh pertemuan tu Allah s.w.t yang tentukan. dan saya
              redha apa yang DIA tentukan untuk saya.

Ke-last sekali: Saya hanya menunggu, menunggu, dan terus menunggu seseorang tu, kalau
                      dia betul-betul jodoh sayaaa...aminnn =)

Dah terjawab belum..? penat tau taip panjang-panjang ni. kalau tak terjawab jugekk tak tau la nak 'koba camno dah' =P dahh dahhh..panjang da entry hari ni. bengkok-bengkok da jari jemari ni. =)

Bye..!




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

2 comments:

-apis- said...

smoga di pertemukan dgn jodoh yg baik :)

Princess said...

aminn.. =)