Saturday, April 30, 2011

Kawan yang kawin, tapi aku pulakk sedih tetibe


Assalamualaikum..

Haa update entry untuk hari ni punye. Malam ni kepenatan sebab baru balik dari kenduri kawin, kawan baik mase sekolah rendah dulu. Di Melaka. Wahh~ nampak nye die dah mendahului ni hehe..

Sepatutnye pergi besok, sebab kenduri yang sebetulnye adalah hari besok. Tapi memandangkan besok banyak pulakk kenduri yang berdekatan dengan rumah ni, maka abah pon membuat keputusan untuk datang kenduri tu hari ni. Dapat la jugek tengok walaupon akad nikah je kan :)

Sangat cantik ok, die hari ni. Walaupon sebelum-sebelum ni die cantik jugek tapi hari ni lagi sangat cantik. Bila jumpe die tadi tetibe je nak mengalir air mata. Entah kenapa la pulakk hati ni tetibe sedih tengok die kahwin, sepatutnye gembira kan tengok kawan kahwin hehe..

Tak nak cakap banyak, cume aku ucapkan semoga die bahagia di samping keluarga yang baru di bina ni sampai ke akhir hayat ye. :) ok dahh.. asal kan ber update je ni. Nak tido dah, sebab terlampau penat. ^_^ Selamat Malam..





Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, April 22, 2011

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH: Bab 1


Assalamualaikum..

Hari ni jom aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat dari baca buku Fadhilat Ayat-Ayat Di Dalam Al-Quran. Tetibe terasa syok pulak bila terbaca buku Agama ni. Tak rugi tau kalau baca. Penuh dengan ilmu untuk dibawa ke Akhirat nanti *tetibe jadi ustazah :D Kalau dulu mane nak tengok dan baca buku-buku macam ni, apa yang di cari banyak novel cintan cintun je. tapi bila dah terbaca buku ni, terasa macam nak baca lagi dan baca lagi :)

Bab pertama hari ni, nak bagi 2 kelebihan BISMILLAH:

1. Mendatangkan pelbagai Hajat.

Caranya: Bacalah "Bismillahir rahmaanir rahim" sebanyak 12 000 kali. Setiap akhir dari 1000 bacalah "Selawat dan Salam" kepada Rasulullah SAW seperti di bawah:

"Allaahumma shalli wa sallim 'alaa sayyidina Muhammad"

Setelah genap 12 000 yang beerti bacaan selawatnya sebanyak 12 kali, lalu mintalah kepada Allah iaitu berdoa apa yang dihajatkan. Insyaallah dengan ikhtiar ni, Allah akan mendatangkan semua apa yang dihajatkan :)

erk..susah ke nak baca 12 000 kali tu? Macam susah kan? tapi tak susah kot sebab ayat nye pendek je. Dari duduk mengadap facebook dan blog dari pagi sampai malam, apa la salah nye kalau buat sekali sekala kan :)

2. Mengelakkan dari gangguan syaitan.

Caranya: Bacalah Bismillah sebanyak 21 kali masa nak tidur. Selepas baca Bismillah tu, jangan berkata apa-apa dah sampai terlelap tidur.

Insyaalah akan terselamat dari gangguan syaitan, pencuri-pencuri, meninggal secara mengejut dan malapetaka seperti ribut, runtuh dan sebagainya.

Ok, bagi 2 jelah dulu. Yang lain di next entry :) Nanti panjang sangat entry untuk yang ni kan. kot jenuh nak bace panjang-panjang kan ^_^

P/s: Ehh ehh..aku baru je dapat keje. Orang tu tanya nak masuk keje bila. Aku cakap jela awal bulan depan *suke hati je eh :P Dah orang tu bagi peluang masuk bila-bila aku suke, suke hati aku la nak masuk bila kan. hehe.. Sukeeee nyeee :D tak sabar-sabar ni :)




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Kene buat sesuatu nih sebelum abah marah =P


Assalamualaikum..

Selamat petang semua. Cuaca agak mendung ye kat luar. Tak boleh pegi mane-mane la nampak nye. Mintak-mintak besok, cuaca baik saje. Kalau hujan nanti susah pulak nak ke tempat interview.

Tengah hari tadi, macam biase tugas pak posmen hantar-hantar surat. huii banya betul surat yang dihantar ke rumah ni tengah hari tadi. Tapi surat untuk aku takde pulakk..sape la sudi nak bagi surat kat aku ni kan *tetibe :P

Dan petang ni tadi dalam jam 3 petang, orang TNB pulakk bagi bill elektrik. Tengok punye tengok, ouhhh tidakkk!! banyak betul jumlah nak di bayar. Dalam seratus lebih. Kalau abah tengok, mesti abah membebel sampai ke malam nanti hikhik ^_^

Mane tak nye, laptop terpasang dari pagi sampai malam. Di tambah dengan streamyx lagi, kipas lagi. Malam pulakk sebelum tido bukak air-cond dulu. wahhh~ mewah nye la hidup kan. Tak terperasan semua tu adalah pembaziran sebab bukan aku yang bayar hehe..

Nampaknye, mulai esok kene jimat elektrik ni. Tak boleh pasang laptop sampai malam. Akan ambik masa dua jam je untuk berbloging dan berfacebooking :P Sebelum abah balik keje dan kene bebel nak pegi nyorok kat rumah uwan dulu la heee :D Bubye~ :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Monday, April 18, 2011

Bila lelaki berpegang tangan dengan lelaki. euww~ hakhak


Assalamualaikum..

Haaa apakah perasaan anda bila tengok kaum lelaki berpegang tangan dengan mereka yang sekaum dengan nye. erkk, bermakne berpegangan tangan sesame lelaki. Adakah ia nampak seperti euwww~ hehe

*Gambar dari pokcik google :D

Apa yang aku nampak sebelum-sebelum ni, ramai je macam tu. Banyak kali nampak kat pasar malam dan kat shopping kompleks. Yang kebanyakkan nye yang bukan dari Malaysia, mereka dari luar Malaysia. Seperti Indonesia, Manila, Bangladesh, yang bekerja kat Malaysia ni. Lelaki tulen Malaysia, jarang jumpe kot yang macam tu.

Sila la jangan anda semua salah paham dengan situasi tersebut. Mereka yang berpegangan tangan sesame lelaki tu, tak bermakne mereka tu GAY ok. Mungkin mereka menitik berat kan ke ke-akraban persahabatan mereka. Macam kaum perempuan jugekk kan.

Aku pon selalu je kalau keluar dengan kawan-kawan perempuan, sambil berjalan, sambil berpegangan tangan. Tak pulakk orang lain rase pelik kan. Tapi kalau lelaki memang nampak pelik sangat.

Semua same saje sebenarnye, perempuan atau lelaki tak salah pon berpegangan tangan sesame jenis *yang bukan mahram salah ok! Janji berniat yang betul dan bukan nye tergolong dalam suke kaum sejenis sama ada GAY atau LESBIAN :)

Lepas ni, kalau jumpe situasi tersebut tak payah nak euww euww sangat la ye. Buat-buat biase je udahh lerrr ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Lepas ni tak dapat nak sayang-sayang dahh :'(


Assalamualaikum..

Cepat nye mase berlalu, rase macam baru semalam je hari sabtu dan cuti, tetibe hari ni dah hari isnin. dan tunggu, tunggu lagi sampai la pulakk hari rabu. Haa mase tu la akan menentukan mase depan ni macam mane :) mintak-mintak dapat la ape yang dihajati pada hari rabu tu kan :)

Ok, berbalik pada tajuk entry yang macam bunyikk nye agak kegedikkan di situ, sayang-sayang :D hehe..ni bukan sayang-sayang macam cintan cintun tu la, tapi ni sayang pada haiwan kesayangan yang bernama 'anje' heee :D

Actually, lepas ni tak boleh dah kami nak tido same-same, kiss-kiss pipi, lepas tu siap dukung je si 'anje' tu kalau die nak masuk bilik air hikhik..manje kan kucing tu? nak pegi mane-mane pon kene dukung :P

Ouhh lepas ni, tak mungkin dah buat semua tu, sebab tetibe je aku ade alahan pada bulu kucing. hehh..sejak bila ni? Ntah sejak bila pon tak tau. Minggu ni mengalami kegatalan di muka, di badan dan di mane-mane je. tumbuh bintik-bintik merah, lepas tu akan jadi macam ruam..adeyhh..

Bila pegi jumpe doktor, die kate ni alahan pada bulu kucing. So, doktor tu tak bagi dah tido-tido dengan kucing ni, peluk-peluk, cium-cium pon jangan. Sedihh nye bila tak dapat manje-manje dengan 'anje' lagi. Terpakse la si 'anje' tu tido jauh-jauh..

Yang paling tak best nye mesti akan meninggalkan parut! wahhh macam mane nak interview dengan muka yang banyak parut nih..kene ambik tindakkan ni sebelum interview. Tetibe terasa maluu nak keluar rumah, sebab muka banyak parut alahan hehe...

Tunggu takde parut baru keluar :P Kata kan tak nak pada parut! mintak-mintak la parut hilang sebelum interview. agak-agak sempat tak ye? erm..

*nampaknye kite tak akan bersame lagi..sobb sobbb :'(


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Saturday, April 16, 2011

Tutorial: Letak iklan Nuffnang di blog.


Assalamualaikum..

Tutorial di request oleh Cik Oni :) Dia tanya macam mane nak letak iklan NuffNang bawah post entry. Ok, macam tutorial kat bawah ni ye cik Oni,

Ni untuk letak kat bawah post entry:

Step 1: Harus lah daftarkan diri di NuffNang kan. kalau tak tak boleh nak letak iklan.

Step 2: Dashboard ---> Edit HTML ---> Pastikan Tick Expand Widget Templates.

Step 3: Pegi kat page NuffNang, tekan seperti yang ditunjukkan anak panah bawah ni

Step 4: Cari code untuk " To Put Between Contents ", copy code tersebut dan paste kan bawah code yang ade kat bawah ni:
<b:include data='post' name='post'/><b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><b:include data='post' name='comments'/></b:if>
*Untuk cari code atas ni, tekan CTRL+F dan copy+paste kan code yang di bold tu ye.

Contoh macam kat bawah ni:

Ni untuk letak atas header pulakk:

Step 1, 2 dan 3 same macam atas tadi.

Step 4: Ambik code untuk " To put on header ", copy code tersebut dan paste kan di bawah code yang kat bawah ni:
<body><div id='outer-wrapper'><div id='wrap2'>
<!-- skip links for text browsers --><span id='skiplinks' style='display:none;'><a href='#main'>skip to main </a> |<a href='#sidebar'>skip to sidebar </a></span>
* Cara same je macam nak buat untuk bawah post tu ye.

Contoh macam bawah ni:

Step 5: Cube preview, kalau jadi SAVE la :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Doa ni memang sesuai untuk saya. Anda pon boleh baca :)


Assalamualaikum..

Entry baru berupdate jugekk untuk hari ni. Sebelum ni terasa malas nak update blog sebab tak banyak benda nak di ceritakan kat korang semua. So hari ni tetibe tergerak hati nak meng-update blog setelah menerima beberapa komen dan jejakan yang di tinggal kan oleh orang yang tak berhati kan manusia tu, tapi berhati kan binatang. Tapi..aku tak kisah sangat pon, sebab aku tak akan layan orang gila, sebab takot same-same jadi gile. Aku tak layan orang bodoh macam tu sebab takot sesame bodoh pulakk kan :D

Apa yang mampu dan terpikir dalam kepala hotak yang masih waras ni adalah BERDOA. Agar orang berniat jahat terhadap aku tu insaf dengan perbuatan yang die buat kat aku! Die nak suruh aku bertaubat, tapi diri sendiri tak pernah nak bertaubat. Ehh kau, yang paling aku benci! Kalau nak mengate orang sila tengok diri kau kat cermin tu dulu! Layak ke kau nak kate macam-macam pasal aku, padahal kau sendiri pon tak betul!

OK fine! aku sendiri pon ade kekurangan tapi aku cube mengubah kekurangan yang aku ade, dan aku tak akan sesekali mengata orang lain sebab aku pon manusia biase yang tak lari dari melakukan kesilapan. tapi nampak nye, tuduhan kau tu agak melampau sampai aku pon tak reti nak marah macam mane dah.

Dah dahh..aku tak nak bebel panjang-panjang dalam entry ni. Cume nak post kan beberapa doa untuk orang yang teraniaya macam aku ni. Korang pon boleh amalkan doa-doa ni kalau korang pon kene macam aku.

1. Cara menundukkan orang-orang yang menzalimi ( menganiaya ) kita.
Bacalah bacaan Bismillah sebanyak 50 kali ketika berhadapan dengan orang yang menganiaya kita, bekal kan keyakinan pada bacaan Bismillah. Insyaallah orang tersebut akan merendahkan diri nya di hadapan kita sehingga mulutnya berat untuk mempersendakan kita. Insyaallah :)

2. Doa menghilangkan perasaan marah.

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

3. Doa membungkam mulut orang yang ingin berlaku jahat.

" Ya hayyu yaa qayyumm, yaa badii'as samaawaati wal ardl, yaa dzal jalaali wal ikraam. As aluka bi haqqi haadzihil aayaatil kariimati wa maa fiihaa minal asmaail `adziimati an tuljima faahu `annii wa tukhrisa lisaanahu hattaa laa yanthiqa illa bi khairin auw yashmuta. Khairuka yaa haadzaa baina yadaika wa syarruka tahta qadamaika "

Ertinya: " Wahai dzat yang kekal abadi, wahai dzat yang mengurus semua urusan makhlukNya, wahai Dzat yang Menciptakan semua langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki segala kemuliaan dan kesempurnaan. Aku meminta kepadaMu, dengan hak ( kebenaran ) ayat yang mulia ini (ayat al-kursi ) dan semua yang terkandung di dalamnya berupa nama-nama yang Agung agar Engkau kekang mulutnye ( penguasa / hakim yang zalim ) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata kecuali dengan ucapan yang baik atau dia diam. KebaikkanMu, hai orang ini ada di kedua tanganMu ( hadapanMu ) dan kekejianmu yang ada di bawah kedua telapak kakiMu ".

Ok dah. Tu je yang nak dikongsi. Amalkan, Insyaallah akan terhindar dari sesuatu yang tak di ingini :) Mood ketika taip entry ni muka ade "NUR" ( Cahaya ) hehe ^_^

Dan pesanan buat INIJUE, buat lah ape yang kau nak buat, tak tergugat sikit pon hidup aku sebab aku kenal diri aku sape, dari orang lain yang kenal aku!

Mukaaa adaaa senyummm :)) dahhh.. nak jahit baju, untuk interview hari rabu ni. Tiap kali ade interview, mesti nak kene baju baru. adeyhhh..*ni mak yang ngeluh sebab mak yang kene keluar duit beli hikhik ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Thursday, April 14, 2011

Huhhh cakap pon mengeletar. Nampak sangat lerr penakot!


Assalamualaikum..

Banyak betul sawang-sawang kat blog pink ni ha, akibat tak berupdate sehari. Baru sehari kan, belum seminggu lagi :D Korang nampak tak sawang-sawang tu? tak nampak ye? anggap jela macam nampak ye :P

Semalam busy dengan pencarian kerja kosong, isi borang tu, isi borang ni dan banyak-banyak lagi borang. Daftar kat online pon ade. Lepas tu check pulakk kat Jobs Malaysia, kot-kot ade pulakk jawapan yang positif kan. Dan bila di tengok alhamdulillah, dalam banyak-banyak yang dah apply tu tersangkut la satu jawapan yang positif. Tapi untuk di temuduga je, belum tentu dapat kan :)

Tapi takpe la, asal kan dah berpeluang untuk ditemuduga. Lame ni tunggu, kadang-kadang putus asa jugekk sebab tak dapat-dapat jawapan kan. Kali ni dah dapat senyum sampai ke pipi la hehe..kalau betul-betul dapat keje tu baru la senyum sampai ke telinga kan :D

So, orang tu suruh call MR. Z untuk ketahui mane tempat untuk temuduga tu, dengan perasaan yang berkecamuk nye, nak angkat phone pon macam tak nak call je. Siap pegi practice depan cermin macam mane nak cakap nanti haha..nampak sangat la penakot nye kan :P 

Sebab ape tu? sebab nye aku ni jarang nak cakap-cakap dengan orang. Emak kate, berani la sikit, nanti dah keje macam mane, tak kan mase interview nak suruh emak pegi sekali, lepas tu tolong jawab kan untuk kau. hehh emak perli! Ok berani kan jela diri tu, cakap-cakap dengan orang tu, mane tempat temuduga tu nanti. tu pon cakap dengan nada suara yang mengeletar. Habis je orang tu bagi tau, cepat-cepat cakap terima kasih dan terus letak telefon. hehh!! buruk betul perangai ye.

Dah letak telefon, fuhh lega nye hati ni hehe..tak terkate lega nye tau :D Dengan ini, saya akan di temuduga pada 20 April tahun ni bersamaan pada hari rabu depan, jam 11 pagi bertempat di tutt tuttt.. hehe tak boleh bagi tau. Sebab kat sini kan ade haters, nanti tak pasal-pasal kene bom pulakk kat sane, tak sempat nak di temuduga :P

Ok lah, Doa kan saya ok! :) Kalau boleh nak sangat keje kat tempat tu. Dan aku pon berdoa je ni. mintak-mintak la dapat, aminnn :) bosan dah duduk rumah, mengadap kucing-kucing hehe.. ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, April 12, 2011

Masakkan yang terbaikk dari emak tercinta :D


Assalamualaikum..

Yeeayy akhir nye aku kembali berblogging dengan hati yang lebih tenang :) Buang yang keruh, ambik yang jernih kan. Malass nak pikir la entry-entry emo tadi. Buat kotor blog je kan, nanti ramai pulakk yang tak suke hee :D

Jadi malam ni nak post pasal makan-makan la :D Bila tengah keadaan marah tadi, asik pikir pasal makanan je. Apa la yang nak di masak malam ni. Nak makan ape la malam ni. Lepas ni nak makan ape pulakk. Semua nye pasal makanan la hehe.. Bila dapat makan banyak baru la happy kan :)

Terima kasih kat sesiapa yang masih mempercayai diri ni. Sangat-sangat berterima kasih :) Dan yang termakan hasutan tu, tak pe la, redhaa jela ^_^

Malam ni emak masak gulai kuning cendawan busut! yeahhh~ sangat suke kan cendawan. Dan dah lame tak makan gulai cendawan masakkan emak. Terima kasih emak sebab melayan selera anak yang banyak cekadak ni :P

Nak makan kenyang-kenyang malam ni. Nak lupakan kejadian buruk yang pernah berlaku. Anggap je takde pape yang jadi, kan senang :) Ouhh alangkah tak best nye sebab di saat memerlukan Mr.Awak time macam ni, die takde pulakk..sibuk dengan keje kot. Takpe la, paham, paham..Nanti kalau die dah tak sibuk nak cerita puas-puas! ^_^

Dah dahh..korang tinggal sini eh. nak pegi makan dengan girang nyeee. weeee~ :D



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Bila Uwan dah mula bercerita ^_^


Assalamualaikum..

Perkara semalam membuat kan diri ni lagi sangat matang. Tak suke nak gaduh-gaduh sebenarnye. Tak suke jugekk nak mengumpul musuh, sebab aku nak hidup dalam keadaan yang agak tenang tanpa gangguan mane-mane haters.

So, pagi ni mula bangun dengan senyuman dan hati yang lebih tenang. Lupa kan ape yang dah jadi semalam. Tak nak marah-marah, tapi kalau Cik Anon tu mula kan lagi, ape boleh buat. Buat dekkk je dah la kan, asal kan kelakuan kau tak melampaui batas kat blog aku ni.

Pagi tadi terasa nak masak awal pulakk, sebab adik ni ngengade ngidam nak makan sambal udang. Ingat kan reti buat, tapi siap panggil uwan lagi datang rumah mintak tolong ajar kan hehe..

Cik T-pah : hokk alohhh, sambal udang pon tak reti. reti makan je :P
Adik : lahhh, kau ni. nak belajar la ni :D

Sambil-sambil masak tu, dan uwan pon terjumpe la dalam peti ais, cendawan busut yang dibeli oleh abah malam tadi, tapi tak di rapi kan lagi. Jadi, uwan dengan kuasa rajin nye, ambik la cendawan tu nak di rapi kan. Sambil rapi kan cendawan sambil bercerita.

Mula-mula cerita pasal ape ntah, tetibe pulakk uwan masuk cerita sukan, :)

Uwan : wan dulu main bola jaring tau kek sekolah hehe..
Cik T-pah : Fuyoooo..terer gilo wan, main bola jaring tuuu :D
Uwan : Alahh maso tu mudo-mudo laie, aktif la bersukan ni haaa. Bukan setakat bola jaring, lompek pagar, laghi berganti, galah panjang..hahh sonang koba wan sumo eh main la *muke nak bangge hehe

Dah habis cerita pasal sukan, wan cerita pulakk pasal die muda-muda dulu macam mane. Sampai la cerita pasal sampai dah kawin dan dah ade anak. Terbongkar la semua kenakalan si Abah, dan pakcik, makcik mase kecik-kecik dulu hikhik ^_^ 

Syokkk je dengar orang tua bercerita kan. Duduk pulakk mengadap wan macam kecik-kecik dulu, dengar cerita dongeng. :) Rindu sangat mase kecik-kecik dulu. kalau wan tengah masak kat dapur, ikut la wan ke dapur jugekk. Bukan nye menolong hehe, tapi dengar cerita-cerita wan :)

So, hargai lah orang tua yang kite ade. tak semestinye ibu bapa, tapi atok dan wan pon kene jugekk. Sebab kalau takde atok dan wan, maka takde la emak abah kite kan. Dan kalau takde nye mak abah kite, takde la kite jugekk. Sedih sangat bila tengok cerita-cerita kat tv tu, pasal anak-anak bila dah besar hantar emak abah pegi rumah orang-orang tua. Padahal kite ade je nak jage dorang.

Tak nak la jadi macam tu. Selagi masih ade dan cukup nye kudrat ni, aku tak kan hantar la emak dan abah ke rumah orang-orang tua. Biar la diri sendiri yang jage. Fikir la dengan sebaik-baik nye kalau ade sesiapa berniat nak hantar emak abah kat rumah orang-orang tua, kalau dah besar nanti kan. Tak mustahil korang pon akan di perlakukan macam tu jugekk oleh anak-anak korang nanti.

P/s : Sayangi la mereka seperti mereka sayang kan korang dan hargai la mereka seperti mereka hargai korang macam sekarang ni :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Sunday, April 10, 2011

Laparkan Goreng Pisang Mak Cik tu! :'(


Assalamualaikum..

Entry di hari minggu :) Jarang kan tengok cik t-pah post entry di hari minggu. kalau ade pon mesti nak tunggu malam. tapi hari ni tetibe terasa nak post entry pulakk. Dan hari ni hari minggu yang paling membosaankan sebab tak banyak keje nak di buat.

Hari ni bersarapan kan mee hokien yang dimasak oleh emak. Emak kate, saje nak cube resepi yang isteri kawan emak bagi dan ternyata sungguh sedappp ^_^ Bila tengah hari je emak tak tau nak masak ape dah, sebab masing-masing pon tunjuk muke kekenyangan lagi :)

Masuk je waktu tengah hari, uwan pulakk kasi lauk gulai kuning ayam kampung dicampur dengan cucuk pegaga..huhh mak pon mengeluh dengan senang hati nye sebab tak payah susah-susah nak pikir nak masak ape tengah hari tu :D

Dan bila petang-petang macam ni, mula la perut ni rasa lapar balik, tapi tak terasa nak makan nasik. Cuma nak buat kunyah-kunyah je. Maka, suruh la abah pegi beli goreng pisang kat makcik yang selalu dibeli abah goreng pisang nye. Serius memang sedap makcik tu punye goreng pisang. Emak kate, kalau goreng sendiri kan same je, sedap jugekkk..

Tapi ntah pape, hari ni tetibe kegedikkan pulakk memang terasa nakk sangat makan goreng pisang makcik tu. Mase abah keluar pegi beli, abah call rumah, bagi tau makcik tu tak bukak gerai hari ni :'( wuuuu~ sadisss sungguh. kempunan nak makan goreng pisang makcik tu :(

Abah : Nak goreng pisang lain tak?
Cik T-pah : TAK NAK dan TAK AKAN NAK!
Abah : huhhh memilih! tak nak sudah :P

Oleh itu abah balik dengan tangan kosong je wuuu~ Emak pon pegi dapur dan teruss goreng pisang yang ade hehe.. Dalam nak tak nak makan jugekk tu, sampai nak habis dahh hikhik ^_^

Emak : kate tadi tak nak, tapi habis jugekkk
Cik T-pah : Heeee :D *sengih je mampu (,")

Tengah post enrty ni sambil minum petang. Jom join sekaki ^_^



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Saturday, April 9, 2011

Hari ni melantakkk dengan jaya nyee. yeayyy ^_^


Assalamualaikum..

Huhhh hari ni sangat-sangat kenyang ok. erkkk alhamdulillah hehe.. :) Sebelum je mula nye Akademi Fantasia ( AF ) yang ke-9 ni dan merupakan AF yang last, sempat lagi tuh bodek-bodek emak untuk buat bubur jagung heee :D sedapppp~ ^_^

Tapi sebelum memakan bubur jagung tu dengan lahap nye, makan nasik dulu tu. Di makan pulakk dengan lauk paprik yang dimasak oleh emak. huhhh sangat-sangat sedap. Emak macam tak percaya je bila anak die makan yang amat banyak hari ni hikhik ^_^

Tak puas hati dengan nasik campur paprik, makan bubur jagung tu  bertambah sampai dua kali. akhir nye sangat-sangat kenyang :D Dan bila tengok pulak persembahan budak-budak AF9 malam ni, hehh hampehhh je. Ntah pape, semua lagu ngantuk je bile tengok. Dari petang tadi tunggu nak ke malam sebab nak tengok konsert tu, tapi bila tengok, bak kate emak, " apo yang di nyanyi ni, macam beghakkkk " *maaf kate-kate kasar tu :P

Erkk, adakah sebab konsert malam ni macam hampeh akan membuatkan aku tengok lagi minggu depan? aishh kene tengok mood dulu la nampak nye. kalau terasa nak tengok, akan di tengok.

Tapi takpe, biar la dorang buat persembahan macam beghakkk pon, perut ni tetap menyanyi dengan girang nye sebab kenyang :) So, malam ni boleh la tido lena dan mimpi yang indah-indah kan. Sweet Dream *_*


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway


Assalamualaikum..

Oke hari ni tetibe nak join contest yang agak lame dah berlansung. Dah lame tau yang ada nye contest ni, tapi hari ni pulakk tetibe tergerak hati nak meng-joinkan diri dalam contest si comel ni :) Itu pon setelah di tag oleh Miss Amoi Maniac :D


Ok, macam yang yuyu nak. akak dah tepek kan header yuyu yang comel lote nih. Tujuan beliau buat GiveAway ( GA ) ni, kate nye nak berkongsi rejeki yang beliau dapat dari dunia blog ni. Thanks ye Miss Yuyu Zulaikha :) Yuyu sangat baik sebab sanggup berkongsi rejeki yang ade hikhik ^_^

Hadiah yang ditawarkan oleh si comel ni banyak sungguh. Macam-macam, ade yang dari beliau sendiri iaitu Ferrero Collection dan ade jugekk dari sponser yang sanggup nak meng-sponser hadiah GiveAway si kecik nih :)

Kalau nak tau sila la tengok ENTRY beliau ok. Dan di alu-alukan untuk join sebelum terlambat *erk takde tarikh akhir pulakk. 


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Aku seorang Jutawan ^_^


Assalamualaikum..




1. Letak header MyMye MyMya
2. Tajuk entry :: Aku Seorang Jutawan
3. Cerita apa yang anda akan buat atau lakukan jika anda seorang jutawan ….

Heee :D Terasa nak join pulak mende nih. Ni name nye  segmen MyMye MyMya. Actually, dah lame die suruh join tapi asik lupe je. Biase la, sekarang ni takde banyak sangat mase nak online, sejak masalah kesihatan hari tu. So, sekarang baru nak join. Sori yer cik MyMye MyMya *erkk susah nye nak sebut :P


Ok la, berbalik pada tajuk entry, Jika aku seorang Jutawan yer..hurmm tak pernah terfikir pon sebenar nye hehe.. ok semua luahan ni datang nye dari hati, tak nak hipokrit :D


1. 50% Haruss la aku hantar emak abah pegi melancong! *erk tipu! tak! tak! Saya dengan hati yang tulus mulus nye akan menghantar emak dan abah ke Tanah Suci Makkah. Yeaayyy harap mereka gembira ^_^ *macam bebetul pulakk kan. Insyaallah. Kalau bukan Jutawan pon, dan kalau ade rezeki lebih aku nak hantar jugekk! :)


2. 20% Sedekah kan la duit tu kepada yang memerlukan, macam anak-anak Yatim ke, rumah orang-orang tua ke kan. Sebab rezeki yang ada tu tak salah nak di kongsi dengan orang yang lebih memerlukan macam mereka.


3. 20% Buat adik-adik belanja mase belajar. mane la tau kalau semua dah besar-besar, dan berjaya ke Universiti pulakk kan, boleh la buat belanja untuk tanggung dorang :)


4. Selebih nye lagi, hikhik ^_^ sila gelakk gataii dulu *_* Yang last ni harusss la untuk simpanan sendiri. Buat belanja kalau kawin nanti hahaha *tu pon kalau kawin la :P Insyaallah jugekk :)


Haa tu jela yang nak dibuat JIKA AKU SEORANG JUTAWAN. Insyaallah tak akan jadi JUTAWAN FAKIR ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Adik kate muke ni macam MEK YAH!


Assalamualaikum..

Hari ni tak semua orang ade kat rumah. Adik lelaki sulong pegi sekolah sebab ade sekolah ganti. haha bagussss! amann damai sikit rumah, kalau tak bising bunyi adik bongsu duk jerit-jerit kene sakat. Adik pempuan yang ketiga pon pegi sekolah sebab ade penyampaian anugerah terbaik dalam SPM 2010 :) Emak dan abah sudah keluar pegi berubat. erkk bukan pegi jumpa dukun tapi kira doktor la :)

So, tinggal la berdua dengan adik yang bongsu. ouhhh boleh sangat kalau nak buli hikhik ^_^ tapi, aku kan kakak yang baik mane sampai hati nak buli adik :D Yang sekarang ni kire adik yang buli akak ok! Nyampahhh *_*

Macam biasa la, bangun pagi-pagi tapi tak mandi lagi, kemas-kemas rumah dulu, buat ape yang patut. Macam bibik pon ade dah. Toncet pulakk rambut kiri kanan, lepas tu adik bersuara dan siap gelak lagi.

Adik : hahahaha *gelak bebesar muke along macam MEK YAH dalam cite Halimah Jongang tu la hihihi
Cik T-pah: Hampehhh. tak nak buat sarapan kau :P
Adik : ehh tak! tak! muke along cantik :D

Haaaa tau takot..baru ugut tak nak buat sarapan hikhik ^_^ cakap banyak-banyak kali along cantik, baru buat sarapan haha..gile jahat aku nih. di pon ngikut jela..

Adik : along cantik, along cantik, along cantik (dalam kiraan berapa kali ntah)

Ni mungkin die pon malas nak layan dah, tetibeee,

Adik : Along MEK YAH! along MEK YAH! ( ha yang ni ulang lagi banyak dari along cantik)!

Cettt..dapat buli kejap je, lepas tu si kakak pulakk kene buli balik..adeyhhh.. Tapi AKU KAN KAKAK YANG BAIK *haha harus bold tu :P harussss la buat sarapan untuk die. Ni die dah kenyang, bak kate emak, melingkar depan tv macam ular sawa kenyang hikhik ^_^

Nak tengok rupe Mek Yah? haaa ni dieee mek yah nye:

Cari

........

Cari

......

DAN 

Cari lagik!

....

Ouh tak jumpe la dalam google hehe.. tak dapat la nak tunjuk. Kalau nak tau rupe nye macam mane, sile la tengok cite Halimah Jongang tu ye di Astro Ria ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, April 8, 2011

Ciri-ciri mereka yang ikhlas :)


Assalamualaikum..

Hari ni saje nak cube macam mane perasaan nye blog tak berupdate seharian. hehh tak bole ok! Rase macam tak tentu arah, makan tak kenyang, rase macam ade je keje tak selesai. hehe macam orang putus cinta pulakk kan :P Memang tengah jatuh cinta pon ni, tapi jatuh cinta dalam dunia blog ^_^


Ok, diteruskan dengan tajuk entry tu. Pernah tak korang ikhlas melakukan sesuatu kerja? Tak ade sesiapa pon yang tahu kita ikhlas atau tak melainkan diri kita sendiri dan Allah S.W.T :) Ade orang tanye perlu ke kite ikhlas kalau nak buta sesuatu? jawapan nye Harussss la :)


Jom kite tengok ciri-ciri orang yang ikhlas:


1. Tak akan mengungkit.
Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau membantu seseorang untuk melakukan sesuatu kerja, tak akan pernah menimbulkan balik ape yang telah die lakukan.


2. Tak mengharapkan balasan.
Orang yang ikhlas melakukan sesuatu, tak akan pernah mengaharpkan apa-apa balasan pon dari keje yang die dah buat :)


3. Tidak akan membezakan apa yang dilakukan.
Bermakna, seseorang yang ikhlas tak akan membezakan pekerjaan yang dilakukan nye itu adalah kecil atau besar.


4. Merahsiakan apa yang dilakukan.
Di sini, merahsiakan tu bukan bermaksud melakukan keje yang tak baik. tapi makne nye, die tak akan menghebah-hebah kan apa kebaikkan yang dilakukan nye tu.


5. Tidak memerlukan sesuatu pujian.
Kalau orang tu ikhlas lakukan sesuatu, die tak kan pernah meminta pujian daripada orang lain untuk memuji apa yang dah die lakukan.


Haa tu jela apa yang saya tau setakat ni. Kalau rase ade yang tak cukup dan nak di tambah, di alu-alukan ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Thursday, April 7, 2011

Kenapa la mereka asik bertanye kan bende yang same je!


Assalamualaikum..

Baru saje balik dari pasar malam yang ade kat Juasseh ni. Dari petang tadi menunggu emak balik dari keje, tak sabar rase nye nak ke pasar malam hehe.. macam-macam ade di jual kat pasar malam sini. Terubat la rindu untuk ke pasar malam di Bangi, bila zaman-zaman kolej dulu. wuuu~ :'(

Sedang berjalan-jalan sambil memandang ape makanan yang nak di beli, terserempak dengan kawan-kawan lame mase sekolah dulu. Tak kisah la kan jumpe dorang, happy tu happy la jugekk. Sebab ade tu, yang dah kawin dan aku tak tau pon. tup tupp dah ade dua, tiga orang anak dah.

Tapi bila terjumpe dengan dorang je, ade pulakk yang tanye,

A : Kau dah kawin ke t-pah?
Cik T-pah : hehh belum la :)
A : Yeke? hehe.. bile kau nak kawin?
Cik T-pah: erkk..hurmm..

haduiiii, soalan yang sangat la lemah bila nak di jawab. ade ke tanye bila nak kawin. aku mude lagi kot. perjalanan hidup ni masih panjang la hehe. Bila dorang tanye macam tu, tak tau nak jawab ape dah. Tu baru sorang yang tanye, bila jumpe yang lain lagi, dorang tanye yang same jugekk. Bila dorang asik tanye bende yang same je aku jawab jela, besok. haa habis cite :P

Tak habis lagi di tanye dari kawan-kawan, bila terserempak dengan kawan-kawan mak dan jiran-jiran dulu, dorang pon tanye bende yang same jugekk. adeyhh..

B : ehhh, Ani *nama samaran mak Dah lame tak nampak..
Emak : A'ah sibuk sikit. Pegi keje balik keje je :)
B : Along ke ni? ehh besar dah. Bila nak ade menantu ni hehe *gelak-gelak orang tua
Emak : Hehehe.. lambat lagi, perjalanan hidup masih panjang :)
B : ouhhh jangan lame-lame sangat :)
Emak : *Senyum

hahahaha.. pandai pon mak. nasib baik mak jawab macam tu. Ape la dorang ni, macam la takde bende lain nak tanye. Kalau jumpe tu, tanye la, dah makan ke belum? Sihat ke tak? hikhik ^_^ jangan risau la korang ni, kalau aku kawin ke nanti aku jemput la korang hehe.. Tapi tunggu la 3, 4 tahun lagi :D

Ouh ye, mulai hari ni dan saat ni saya akan menggunakan dan akan membahaskan diri dalam blog ni sebagai aku. :) sebab terasa nak rockkk sikit hahaha.. bila menggunakan gelaran 'SAYA' tu macam skema bebenorr pulakk :D tak bermakne ni satu hipokrit! tak kisah la korang nak gelar kan ape pon. nak jugekk bahaskan diri aku! :P harap korang tak kisah ^_^

P/s: Kepada yang lebih tua, sangat-sangat maaf dalam penggunaan 'AKU' dalam blog ni :)

*erkk, ok tak header blog yang sekarang ni? ke elok yang dulu?


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Wednesday, April 6, 2011

Di risik oleh orang yang tak dikenali. erkk ^_^


Assalamualaikum..

Sila baca entry ni dengan mood yang gataii :P sambil menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru hikhik ^_^ ok, tarik nafass perlahan-lahan dan kemudian lepas kan laju-laju :P 

Hari ni sangat berasa hairan, kenapa emak dan abah tak pegi kerja seperti biase. semalam tak kate ape-ape pon. Biase kalau emak nak cuti, mesti emak ade bagi tau dulu macam biase, tapi bukan kali ni. Yang hairan nye lagi, emak dan abah tak bercakap dengan saya satu patah perkataan pon. Saya ade buat salah ke? :'(

Tapi buat macam biase jela. tetibe, macam cepat je mase berlalu. Emak dan abah terus pakai baju yang lawa-lawa. Macam nak pegi kenduri kawin pulakk. erkk mane ade kenduri kawin hari bekerja macam ni, biase kan kalau ade kenduri pon mesti sabtu dan ahad kan.

Bila di tanya, nak pegi kemana, mereka diam tak berkata. dah mereka diam saya pon diam jela. tapi tak puas hati jugekk tu, tanye lagi dan tanye lagi sampai abah yang jawab. abah kate,tunggu dan lihat jela. hehh jawapan yang macam bukan jawapan :P

Tak lame lepas tu, ramai orang datang. berderet-deret kereta masuk ke halaman rumah. lagi la tak paham kan! larikk masuk bilik sebab pakai baju tido lagi hikhik ^_^ Malas nak keluar bilik, sebab ramai sangat orang, tak kenal pulakk tu. duduk dalam bilik diam-diam sudeyhh. 

Bila semua orang yang datang tadi dah balik, saya pon keluar bilik dan terus tanye mak orang tu datang nak ape sampai ramai-ramai macam tu. Baru la emak mula nak bersuara dan bagi tau.

Cik T-pah: Orang tu nak ape mak?
Emak: Datang risik along la * tersengih-sengih
Cik T-pah: *muke blurr Ouhh yeke..tapi..along? bermakne saya? I? me?
Emak: Iyooo lah, sapo pulakk laiee along dalam ghumah ni
Cik T-pah: Aiyoooo *tetibe dunia gelap gulita

Tetibe terjage sebab ade cahaya yang sangat terang. erkk saya baru bangun ke? habis yang emak bagi tau tu ape? Mula la cari emak kat dapur, cari abah dalam rumah tapi adik kate emak dan abah dah pegi keje.

Si adik sergah, 

Adik: Yang kau gelabah sangat ni kenapa?
Cik T-pah: Abah dengan emak pegi keje? Tau tak sape yang datang ramai-ramai tadi?
Adik: Ngokngek la kau ni. Apo jadah eh pulakk orang nak datang pagi-pagi buto kek umah ni. *tak pasal-pasal kene ngokngek
Cik T-pah : hehh? takde ke..hurmm
Adik: Ngigau la tu :P

erkk saya mimpi ye?? haha rase macam betul-betul pulakk kejadian tu berlaku hehe..First time tu mimpi orang datang merisik hikhik ^_^ Tu la lain kali tido basuh kaki dulu, dan jangan tido lewat sangat sampai termimpi yang bukan-bukan :P


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, April 5, 2011

Persahabatan atau si cintan yang penting?


Assalamualaikum..

Selamat petang. mood hari ni adalah kurang happy sebab tetibe teringat balik perkara-perkara yang pernah berlaku di kolej dulu :) Petang ni menaip entry sambil melayan cite Marimar hehe.. Ntah bile la cite tu nak habis, tak sabar nak tengok ending cite tu :)

Berbalik pada tajuk entry, Persahabatan atau Si Cintan yang penting? Bagi saya la, persahabatan tu lagi penting. Sesiapa yang lagi penting kan si cintan memang tak patut kan. Tapi saya pernah lakukan satu kesilapan di mana, saya lebih pentingkan si cintan dari persahabatan.wuuu~ sedihhh :'(

Tapi tak bermakna saya pernah khianati persahabatan saya demi si cintan kan. saya tak se kejam tu kot :) Ni dialog ketika dulu. Dialog antara 2 atau 3 tahun yang lalu..

Boy: Jom keluar. dah lame tak keluar.
Girl: Alaaa.. tapi dah janji nak keluar dengan member kite..
Boy: Erm terpulang la.. kalau rase dah tak sayang lagi kat saya, keluar jela dengan kawan awak tu!
Girl: Hurmm..tapi kan dah janji dengan dorang dulu..
Boy: Ntah. Suke hati la.
Girl: Yela. tak jadi la keluar dengan dorang. Keluar dengan awak je.

Dulu mase dengan ade nye name boyfriend, saya sangat takot dengan perkataan ' takpe la kalau awak rase dah tak sayang saya '. hehhh tu ugutan yang sangat kejam ok! di sebab kan takot dengan perkataan tu, saya lupa kan kawan-kawan yang saya ade.

Saya akan tinggalkan kawan saya demi si cintan. kemane-mane je mesti akan bersame si cintan. nak keluar dengan kawan pon akan jadi punca pergaduhan dengan si cintan. 

tapi tu semua cite dulu, mase tu dalam keadaan bongok-bongok lagi. sekarang saya dah makin bijak! hikhikhik ^_^ Saya tak kan lupa kan kawan-kawan saya sebab si cintan yang tak berapa nak penting tu! saya kene jadi perempuan yang tegas! bukan nye lemah di atas ugutan seorang lelaki! cewaahh~ :D

Bagi saya sekarang ni persahabatan saya dengan kawan-kawan saya lebih penting dari si cintan. sebab ape? sebab nye:

1. Mereka ade ketika saya susah dan senang
2. Mereka ada ketika saya gembira atau sedih
3. Mereka sentiasa ade ketika saya memerlukan nasihat.

Dan sebab tu jugekk saya lebih sayang kan kawan-kawan saya dari si cintan. sekarang saya sangat happy sebab saya takde si cintan yang tak berguna macam tu untuk menghancurkan segala persahabatan saya dengan kawan-kawan saya ^_^ saya kan dah bijak sekarang hehe :)


( Kawan yang saya ade: Miss amoi maniac dan si pijot :D )

NOTA:
Mungkin saya pernah lakukan kesilapan, tapi saya tak akan ulang kesilapan yang pernah saya buat :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^