Thursday, July 21, 2011

Tak sabar nih~ :D


Assalamualaikum..

Ambik masa untuk update blog kejap. Nanti kejap lagi ade kerja yang nak di uruskan..Ermm..dah masuk 3 minggu pegi belajar menjahit tapi tak belajar buat baju lagi. Dari awal masuk sampai sekarang sibuk menyiapkan sample untuk pakaian dan jahitan..

Kerja kursus banyak yang kelompong lagi..fail masih tak penuh untuk sample.. dan...cikgu kate, besok dah mula untuk membuat pola baju..hoyeee~ :D masa yang di tunggu-tunggu akhirnye tibe jugek..rasa macam tak sabar je..

Nak cepat-cepat habiskan buat pola, seterusnye gunting kain dan menjahit! Pengurus kate pulakk, baju yang kite orang jahit ni akan dihantar kan ke rumah anak-anak yatim..alhamdulillah..dapat jugek buat pahala sebab dapat buat baju untuk anak-anak yatim..

Nak buat yang cantik-cantik dan terbaik!! Nak bagi mereka pakai pakaian yang berkualiti mase raya nanti =)

Ok itu saja, nak sambung dengan kerja yang tak sudah-sudah..bubyeee ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Monday, July 18, 2011

orang dengki tak habis-habis..blahhh jauh-jauh tak boleh ke?


suke hati kau la nak serang kat shoutbox aku tu panjang lebar mane pon!

suke hati kau la nak sebar fitnah tu seluas mane pon!

suke hati kau jugekkk la nak buruk-buruk kan aku macam mane pon!

Woooo~ kau tak puas hati dengan kebahagiaan yang aku ade kan?

Ade aku peduli????

Yang aku tau kau tu jenis manusia yang dengki dengan kebahagiaan orang lain..

Manusia yang tak tau malu! cermin kat rumah tak cukup nak cermin diri kau sendiri ke?

Aku tak marah pon, suke hati kau la nak perbesarkan mane fitnah tu!

Yang aku tau kau akan terima balik balasan yang kau buat kat aku dan lagi teruk dari ni yang kau akan rasa!

Aku tak nak tanggung segala dosa-dosa kau dengan memaki hamun kau!

Kau yang akan tanggung segala dosa-dosa aku sebab fitnah yang kau buat ni!

Segala pahala kau akan dapat pada aku ( tu pon kalau kau ade pahala laaa kan )

So budak!! Good Luck untuk kau meng-transfer kan segala dosa-dosa aku pada kau dan pahala kau pada aku okeh!

Wish You Luck Bebeyhhhhh!! (,")

P/S: Aku rase aku tak minat la dengan publisiti murahan kau tu! yang mahal sikit takde ke? :P


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, July 1, 2011

Cara menghilangkan kesan lecur


Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit dengan korang cara-cara nak menghilangkan kesan lecur pada kulit..tak kire la tangan ke muke ke, tak kisah..Sebenarnya, memang saje cari petua ni sebab tadi bila tengah goreng ayam tetibe minyak panas tu melompat! terus minyak tu lompat ke muke!!

Adeyhh..sakit hanya tuhan yang tahu..rase macam nak meraung pon ade..tapi buat penat je menangis sebab tak akan ade sesiapa pon yang dengar..tinggal keseorangan kan..wuuuu~ :'(

Habis pipi ni tau..besar pulakk tu kesan nye. geram betul! ade je yang nak mencacat kan muka..So, petang ni tetibe terasa nak cari petua nak hilangkan parut lecur..dan tetibe terasa nak terkongsi dengan korang pulakk :D

Cara pertama:

Sapukan ubat gigi (tak kire la apa jenis ubat gigi pon) pada kesan lecur untuk mengelakkan kesan tu menggelembung.. kalau dah gelembung tu jangan di cucuk sampai pecah pulakk..nanti lagi la nampak teruk..

Gambar dari google :)

Cara kedua:

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
( yang ni cilok dari google )

Ok tu jela yang dapat nak dikongsi. Dan sekarang masa untuk letak ubat supaya tak berparut teruk :) daaaaa ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^