Thursday, September 29, 2011

Hukum perempuan yang dah berkahwin curang!


Assalamualaikum..

Berat perkara yang nak dikongsi nih..tapi ape-ape pon entri ni bukan nak perli sesiapa atau sakit kan hati sesiapa. cume peringatan dan sedikit nasihat kepada mereka yang sudah berkahwin walaupon aku belom :D

Ape hukum nye seseorang wanita yang sudah berkahwin tapi dalam hati sayang dan sentiasa mengingati orang lain (lelaki) yang bukan suaminye..

Dah tentu-tentu la HARAM! & DOSA BESAR!

Ni semua kebanyakkan nye berlaku pada wanita yang berkahwin muda. Mungkin tak puas nak bebas, tetibe dah kawin kan. Tu sebab la orang kate, perkahwinan ni bukan nye macam main kawin-kawin mase tadika dulu..Tu semua kene ade kekuatan fizikal dan mental jugekk..

Bile di tanya kenapa awal sangat nak kahwin:

1) Boleh mengelakkan maksiat.

- Maksiat tu boleh je di elakkan dengan cara lain sebelum berkahwin..
- kalau buat maksiat sebelum berkahwin, kite dose dengan Allah..
- Tapi kalau kite buat maksiat selepas berkahwin, dengan lelaki lain (curang) kite dah berdose dengan Allah dan suami kite kan..ishh tak nak la macam tu kan..

2) Boleh mengelakkan fitnah orang.

- Biar kan la orang fitnah kite asalkan kite tak buat kan..
- Tapi kalau kite curang dengan orang lain bukan fitnah da name nye..orang yang bawak mulut dah dose, awak tu yang buat perkara tak baik belakang suami lagi la berdose besar!

Ape yang boleh cakap kat sini, sebenar nye tak salah pon kawin awal ke lambat ke. Janji kite tau apa batasan perhubungan kite dengan orang lain (lelaki) selepas bergelar isteri orang.

Tak kire la tu pilihan keluarga atau sendiri, jodoh tu ka ketentuan Allah, terime la suami kamu seadanye..Kalau dah tau tak suke atau tak cinta kenapa boleh kahwin kan! 

Sebelum berkahwin tu, pikir la sebaik-baik nye, betul ke kau dah bersedia nak pikul tanggungjawab yang ada lepas kahwin nanti? Boleh ke kau tinggalkan jiwa muda kau lepas kahwin nanti?

Kalau dah betul-betul bersedia baru la melangkah kan kaki ke alam perkahwinan..bukan nye ape, kalau semua tu takde nanti, boleh merosakkan hubungan rumah tangga kite kelak.

P/S: Jangan anggap entri ni untuk memerli sesiapa. takde niat lansung pon ok. Ni cume nasihat untuk kaum wanita yang akan berkahwin dan sudah berkahwin. Ni pon untuk mengingati diri aku jugekk (:

Kalau fikir perkahwinan tu satu keseronokkan, baik batal kan saje hajat tu




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Saturday, September 24, 2011

Baca! (:


"When you're single, 
-people ask about boyfriend..

"When u have a fiance, 
-they ask about wedding? 

"When u get married, 
-they ask when will u have baby? 

"When u already have one, 
-they ask when is little brother or sister coming? 

"When u get divorced, 
-they ask why? 

"If u move on, 
-they ask why so quickly?


People will never stop asking, if you're proud of who u are and u don't care about what people think about u, Paste it on ur wall cause its your life and u should decide how to LIVE YOUR LIFE


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Monday, August 29, 2011

Ucapan Selamat untuk semua =)


Assalamualaikum...

Hanya entry pendek tapi sangat bermakna okeh! =) Dah sebulan berpuasa, tibe pulak hari raya kan..kalau tak umum kat tv pon, dah boleh agak besok mesti raye punye :D Okeh tak nak taip panjang-panjang, kan dah janji entry pendek dan bermakna :P

Selamat Hari Raya untuk para Blogger..

Maaf kalau selama berblogging ni, 

ade salah silap dan terkasar bahasa..

.
..
...
....
.....

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Thursday, July 21, 2011

Tak sabar nih~ :D


Assalamualaikum..

Ambik masa untuk update blog kejap. Nanti kejap lagi ade kerja yang nak di uruskan..Ermm..dah masuk 3 minggu pegi belajar menjahit tapi tak belajar buat baju lagi. Dari awal masuk sampai sekarang sibuk menyiapkan sample untuk pakaian dan jahitan..

Kerja kursus banyak yang kelompong lagi..fail masih tak penuh untuk sample.. dan...cikgu kate, besok dah mula untuk membuat pola baju..hoyeee~ :D masa yang di tunggu-tunggu akhirnye tibe jugek..rasa macam tak sabar je..

Nak cepat-cepat habiskan buat pola, seterusnye gunting kain dan menjahit! Pengurus kate pulakk, baju yang kite orang jahit ni akan dihantar kan ke rumah anak-anak yatim..alhamdulillah..dapat jugek buat pahala sebab dapat buat baju untuk anak-anak yatim..

Nak buat yang cantik-cantik dan terbaik!! Nak bagi mereka pakai pakaian yang berkualiti mase raya nanti =)

Ok itu saja, nak sambung dengan kerja yang tak sudah-sudah..bubyeee ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Monday, July 18, 2011

orang dengki tak habis-habis..blahhh jauh-jauh tak boleh ke?


suke hati kau la nak serang kat shoutbox aku tu panjang lebar mane pon!

suke hati kau la nak sebar fitnah tu seluas mane pon!

suke hati kau jugekkk la nak buruk-buruk kan aku macam mane pon!

Woooo~ kau tak puas hati dengan kebahagiaan yang aku ade kan?

Ade aku peduli????

Yang aku tau kau tu jenis manusia yang dengki dengan kebahagiaan orang lain..

Manusia yang tak tau malu! cermin kat rumah tak cukup nak cermin diri kau sendiri ke?

Aku tak marah pon, suke hati kau la nak perbesarkan mane fitnah tu!

Yang aku tau kau akan terima balik balasan yang kau buat kat aku dan lagi teruk dari ni yang kau akan rasa!

Aku tak nak tanggung segala dosa-dosa kau dengan memaki hamun kau!

Kau yang akan tanggung segala dosa-dosa aku sebab fitnah yang kau buat ni!

Segala pahala kau akan dapat pada aku ( tu pon kalau kau ade pahala laaa kan )

So budak!! Good Luck untuk kau meng-transfer kan segala dosa-dosa aku pada kau dan pahala kau pada aku okeh!

Wish You Luck Bebeyhhhhh!! (,")

P/S: Aku rase aku tak minat la dengan publisiti murahan kau tu! yang mahal sikit takde ke? :P


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, July 1, 2011

Cara menghilangkan kesan lecur


Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit dengan korang cara-cara nak menghilangkan kesan lecur pada kulit..tak kire la tangan ke muke ke, tak kisah..Sebenarnya, memang saje cari petua ni sebab tadi bila tengah goreng ayam tetibe minyak panas tu melompat! terus minyak tu lompat ke muke!!

Adeyhh..sakit hanya tuhan yang tahu..rase macam nak meraung pon ade..tapi buat penat je menangis sebab tak akan ade sesiapa pon yang dengar..tinggal keseorangan kan..wuuuu~ :'(

Habis pipi ni tau..besar pulakk tu kesan nye. geram betul! ade je yang nak mencacat kan muka..So, petang ni tetibe terasa nak cari petua nak hilangkan parut lecur..dan tetibe terasa nak terkongsi dengan korang pulakk :D

Cara pertama:

Sapukan ubat gigi (tak kire la apa jenis ubat gigi pon) pada kesan lecur untuk mengelakkan kesan tu menggelembung.. kalau dah gelembung tu jangan di cucuk sampai pecah pulakk..nanti lagi la nampak teruk..

Gambar dari google :)

Cara kedua:

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
( yang ni cilok dari google )

Ok tu jela yang dapat nak dikongsi. Dan sekarang masa untuk letak ubat supaya tak berparut teruk :) daaaaa ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Thursday, June 30, 2011

Berjalan untuk cuci-cuci mata :D


Assalamualaikum..


Disebabkan semalam cuti, dengan senang hati pergi berjalan-jalan..tak jauh mane pon..seremban je pon =P Pagi-pagi lagi dah bangun nak pergi rumah maksu yang baru nak siap, tengok apa yang boleh di buat.. tapi tak boleh buat apa-apa pon..sebab keadaan yang agak tunggang langgang..macam kapal karam pon ade..biase la kalau rumah baru buat kan..nak masuk nye tahun depan tapi macam nak masuk minggu ni je..

saje test nak tengok cermin bilik air rumah maksu bersih ke tak =P

cer tekaa ni di mane..ehh nampak pulakk tukang ambik gambar tuu :D

abaikan muke selebet tuu~ sebab hari dah petang

haa~ gambar blur sebab tukang ambik gambar ni parkinson =P

Tiga gambar di atas adalah di kedai perabot..!! heee :D sape suruh makcik-makcik lambat sangat kan..kene la terima yang anak-anak buah nye dah kebosanan dan tetibe terambik gambar :P

tu jela gambar yang sempat di ambik..sebelum pergi kedai perabot, singgah makan nasik arab di seremban tapi tak teringat nak ambik gambar sebab dah terlampau lapar, sampai lupa apa yang nak di buat heee :D

sampai sini saje..bubyeee ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Entry terbaru =)

Assalamualaikum..

wahhh~ agak lame ye aku tinggal kan blog pink ni sampai tak ingat dah sejak bila aku last untuk ber-blogging :) So sekarang aku kembali sebab terasa kesian pada blog ni tak bertuan :P 

Background blog aku dah tukar dengan bertemakan hati-hati yang putih suci..bertemakan pink jugekkk [ pink tak bole tinggal ok ] =) sebab background bertukar:

1. Bosan dengan yang lame, header tetap macam yang lame jugekk..

2. Motif background banyak hati yang putih lagi suci tu adalah disebabkan hati aku jugek yang dah berbunga-bunga sekarang ni.. heee :D

Tak nak ingat kisah yang lame, nak buang yang keruh dan ambil yang jernih :) bak kate pepatah, patah tumbuh hilang berganti..erkk betul ke pepatah tu? Maaf la yeee..tetibe bahasa melayu ni merumitkan pulakk..kalau salah sila betulkan :)

Perancangan baru aku untuk mase depan dan azam untuk tahun ni adalah belajar menjahit..hehe..orang lain azam awal tahun, tapi aku nye azam tengah tahun pulakk kan..tak kisah laa janji ade azam ^_^

Disebabkan jumlah pengangguran terlalu tinggi dan termasuk jugekk aku, aku dah buat keputusan untuk belajar menjahit sebaik yang mungkin dan akan mendapatkan ilmu setinggi yang mungkin untuk aku meneruskan cita-cita aku nak bukak butik heee :D

So, belajar bermula pada hari isnin depan. rase macam tak sabar nak belajar sebab dah lame berminat :) wish me luck bebeyhhh ^_^ Kalau sempat dan tak dikejari oleh masa aku akan online seperti biase dan update blog ni seperti biase jugekkk...

Maaf ye pada kawan-kawan yang aku tak sempat nak jengukk blog anda. Bukan tak nak, tapi masa tak mengizinkan :( Nanti bila masa terluang aku akan singgah blog korang ok..yang follow tu sangat berterima kasihh daun keladi, ade mase aku singgah nanti :D

Takat ni jela yang mampu nak diucapkan..bubyeee :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, June 10, 2011

Aku kembali dengan hati yang luluhhh~ :'(


Assalamualaikum..

Haii.. lame nye blog ni tak berupdate.. mesti orang lain pon bosan duk tengok kan, sebab bila bukak je asyik bende yang same. hehh tak sengaja la..aku menjadi orang yang sangat busy bila dah bekerja. Sekarang tak busy dahh sebab dah pon berhenti, sebab aku rase makin lame kerja kat sane makin hati tak tenteram..

Bila dah berhenti rase macam sayang la pulakkk..rindu kat kawan-kawan yang ade kat sane. sebab mereka sangat best >.< ade la beberapa gambar yang sempat di ambil mase last event di Pulau Pinang itu hari ( tak ingat berapa hari bulan )

ok habis cite pasal kerja. Sekarang ni nak cite pasal mood aku pulakk.. ermm.. ingat lagi mr.awak? lepas je kite orang break, terus aku takde hati nak contact die dah sebab aku tau aku akan kecewa kalau contact die. Tapi akhir-akhir ni, die mesej macam bagi sepenuh harapan balik untuk hubungan kite orang. Bila di tanye ape status hubungan ni, die kate kawan baik.

huhhh!! kawan baik? kalau kawan baik kenapa awak layan saya macam lebih dari kawan. die bagi harapan palsu kat aku!! hati aku dah sakit untuk kali kedua. Lepas ni aku tak akan mengharap apa-apa lagi dah dari die. cukup la setakat ni. Ni pon dah cukup sakit rase nye. Dan bila aku dapat tau yang die minat seseorang, aku doakan kau BERJAYA!! (ikhlass kot )

Apa-apa pon, hidup kene di teruskan. Mungkin ada yang lebih baik dari sekarang. ( mood kembali ok ) :) Yang lepas tak akan dikenang lagi dah :) aku mahukan kehidupan yang kembali normal ^_^

Kepada kengkawan yang ade kat dalam blog ni, sesiapa pon yang tag untuk join GA atau apa-apa pon..maaf ye.. tak dapat nak buat sebab dah terlambat..ni baru nak bace..heee :D harap maaf diterima :)






Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, May 17, 2011

rindu nak buat semua benda dalam satu mase :D


Assalamualaikum..


Yeayyy akhir nye berjaye jugekk meng-onlinekan diri kat rumah. Biase la, kat tempat keje tak boleh nak online. Kene pegi Cyber Cafe pulakk. Lagi pon takde mase nak online, kecuali balik rumah dan cuti. Pengalaman bekerja? ouhh sangat seronok sebab dapat merantau kan diri ke seluruh tempat. Mane-mane tempat yang tak pernah pergi, akan di pergi kan hehe


Selama dah bekerja ni, nak online pon gune handphone je. Tu pon kadang-kadang, yelaa kalau hari-hari habis la kopak kredit kan. kawan-kawan kat tempat keje pon best. Rase lapang je hati bila mereka ade. Di hostel pon rase best sebab ade kawan-kawan yang boleh hiburkan hati.


Jadi takde masalah di tempat keje sebab ade mereka yang baik-baik belaka. kalau stress pon pasal kerje je. kadang-kadang kerje yang boleh membuat kan kepala ni tension yang amat sangat. Overall ok je :)


Hari sabtu dan ahad minggu lepas pegi ke Penang, sebab ade taklimat untuk student yang nak masuk ke kampus kami. Di sebab kan kepenatan, mintak kat bos untuk cuti pada hari semalam sebab memandangkan hari pon cuti Wesak day kan :) 


Petang ni dah nak kene balik sane sebab besok dah mula keje balik. wuuu~ kejap nye ade kat rumah :'( Nampak nye setakat ni jela nak membebel sebab kejap lagi dah nak balik ke Zon kesibukkan heee :D Pegi dulu dan jumpe lagi ^_^


P/S: Sesiapa yang sudi menjenguk dan meng-follow blog ni, walaupon tahu aku dah lame tak online, sangat-sangat berterima kasih :)
Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Saturday, April 30, 2011

Kawan yang kawin, tapi aku pulakk sedih tetibe


Assalamualaikum..

Haa update entry untuk hari ni punye. Malam ni kepenatan sebab baru balik dari kenduri kawin, kawan baik mase sekolah rendah dulu. Di Melaka. Wahh~ nampak nye die dah mendahului ni hehe..

Sepatutnye pergi besok, sebab kenduri yang sebetulnye adalah hari besok. Tapi memandangkan besok banyak pulakk kenduri yang berdekatan dengan rumah ni, maka abah pon membuat keputusan untuk datang kenduri tu hari ni. Dapat la jugek tengok walaupon akad nikah je kan :)

Sangat cantik ok, die hari ni. Walaupon sebelum-sebelum ni die cantik jugek tapi hari ni lagi sangat cantik. Bila jumpe die tadi tetibe je nak mengalir air mata. Entah kenapa la pulakk hati ni tetibe sedih tengok die kahwin, sepatutnye gembira kan tengok kawan kahwin hehe..

Tak nak cakap banyak, cume aku ucapkan semoga die bahagia di samping keluarga yang baru di bina ni sampai ke akhir hayat ye. :) ok dahh.. asal kan ber update je ni. Nak tido dah, sebab terlampau penat. ^_^ Selamat Malam..





Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, April 22, 2011

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH: Bab 1


Assalamualaikum..

Hari ni jom aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat dari baca buku Fadhilat Ayat-Ayat Di Dalam Al-Quran. Tetibe terasa syok pulak bila terbaca buku Agama ni. Tak rugi tau kalau baca. Penuh dengan ilmu untuk dibawa ke Akhirat nanti *tetibe jadi ustazah :D Kalau dulu mane nak tengok dan baca buku-buku macam ni, apa yang di cari banyak novel cintan cintun je. tapi bila dah terbaca buku ni, terasa macam nak baca lagi dan baca lagi :)

Bab pertama hari ni, nak bagi 2 kelebihan BISMILLAH:

1. Mendatangkan pelbagai Hajat.

Caranya: Bacalah "Bismillahir rahmaanir rahim" sebanyak 12 000 kali. Setiap akhir dari 1000 bacalah "Selawat dan Salam" kepada Rasulullah SAW seperti di bawah:

"Allaahumma shalli wa sallim 'alaa sayyidina Muhammad"

Setelah genap 12 000 yang beerti bacaan selawatnya sebanyak 12 kali, lalu mintalah kepada Allah iaitu berdoa apa yang dihajatkan. Insyaallah dengan ikhtiar ni, Allah akan mendatangkan semua apa yang dihajatkan :)

erk..susah ke nak baca 12 000 kali tu? Macam susah kan? tapi tak susah kot sebab ayat nye pendek je. Dari duduk mengadap facebook dan blog dari pagi sampai malam, apa la salah nye kalau buat sekali sekala kan :)

2. Mengelakkan dari gangguan syaitan.

Caranya: Bacalah Bismillah sebanyak 21 kali masa nak tidur. Selepas baca Bismillah tu, jangan berkata apa-apa dah sampai terlelap tidur.

Insyaalah akan terselamat dari gangguan syaitan, pencuri-pencuri, meninggal secara mengejut dan malapetaka seperti ribut, runtuh dan sebagainya.

Ok, bagi 2 jelah dulu. Yang lain di next entry :) Nanti panjang sangat entry untuk yang ni kan. kot jenuh nak bace panjang-panjang kan ^_^

P/s: Ehh ehh..aku baru je dapat keje. Orang tu tanya nak masuk keje bila. Aku cakap jela awal bulan depan *suke hati je eh :P Dah orang tu bagi peluang masuk bila-bila aku suke, suke hati aku la nak masuk bila kan. hehe.. Sukeeee nyeee :D tak sabar-sabar ni :)




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Kene buat sesuatu nih sebelum abah marah =P


Assalamualaikum..

Selamat petang semua. Cuaca agak mendung ye kat luar. Tak boleh pegi mane-mane la nampak nye. Mintak-mintak besok, cuaca baik saje. Kalau hujan nanti susah pulak nak ke tempat interview.

Tengah hari tadi, macam biase tugas pak posmen hantar-hantar surat. huii banya betul surat yang dihantar ke rumah ni tengah hari tadi. Tapi surat untuk aku takde pulakk..sape la sudi nak bagi surat kat aku ni kan *tetibe :P

Dan petang ni tadi dalam jam 3 petang, orang TNB pulakk bagi bill elektrik. Tengok punye tengok, ouhhh tidakkk!! banyak betul jumlah nak di bayar. Dalam seratus lebih. Kalau abah tengok, mesti abah membebel sampai ke malam nanti hikhik ^_^

Mane tak nye, laptop terpasang dari pagi sampai malam. Di tambah dengan streamyx lagi, kipas lagi. Malam pulakk sebelum tido bukak air-cond dulu. wahhh~ mewah nye la hidup kan. Tak terperasan semua tu adalah pembaziran sebab bukan aku yang bayar hehe..

Nampaknye, mulai esok kene jimat elektrik ni. Tak boleh pasang laptop sampai malam. Akan ambik masa dua jam je untuk berbloging dan berfacebooking :P Sebelum abah balik keje dan kene bebel nak pegi nyorok kat rumah uwan dulu la heee :D Bubye~ :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Monday, April 18, 2011

Bila lelaki berpegang tangan dengan lelaki. euww~ hakhak


Assalamualaikum..

Haaa apakah perasaan anda bila tengok kaum lelaki berpegang tangan dengan mereka yang sekaum dengan nye. erkk, bermakne berpegangan tangan sesame lelaki. Adakah ia nampak seperti euwww~ hehe

*Gambar dari pokcik google :D

Apa yang aku nampak sebelum-sebelum ni, ramai je macam tu. Banyak kali nampak kat pasar malam dan kat shopping kompleks. Yang kebanyakkan nye yang bukan dari Malaysia, mereka dari luar Malaysia. Seperti Indonesia, Manila, Bangladesh, yang bekerja kat Malaysia ni. Lelaki tulen Malaysia, jarang jumpe kot yang macam tu.

Sila la jangan anda semua salah paham dengan situasi tersebut. Mereka yang berpegangan tangan sesame lelaki tu, tak bermakne mereka tu GAY ok. Mungkin mereka menitik berat kan ke ke-akraban persahabatan mereka. Macam kaum perempuan jugekk kan.

Aku pon selalu je kalau keluar dengan kawan-kawan perempuan, sambil berjalan, sambil berpegangan tangan. Tak pulakk orang lain rase pelik kan. Tapi kalau lelaki memang nampak pelik sangat.

Semua same saje sebenarnye, perempuan atau lelaki tak salah pon berpegangan tangan sesame jenis *yang bukan mahram salah ok! Janji berniat yang betul dan bukan nye tergolong dalam suke kaum sejenis sama ada GAY atau LESBIAN :)

Lepas ni, kalau jumpe situasi tersebut tak payah nak euww euww sangat la ye. Buat-buat biase je udahh lerrr ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Lepas ni tak dapat nak sayang-sayang dahh :'(


Assalamualaikum..

Cepat nye mase berlalu, rase macam baru semalam je hari sabtu dan cuti, tetibe hari ni dah hari isnin. dan tunggu, tunggu lagi sampai la pulakk hari rabu. Haa mase tu la akan menentukan mase depan ni macam mane :) mintak-mintak dapat la ape yang dihajati pada hari rabu tu kan :)

Ok, berbalik pada tajuk entry yang macam bunyikk nye agak kegedikkan di situ, sayang-sayang :D hehe..ni bukan sayang-sayang macam cintan cintun tu la, tapi ni sayang pada haiwan kesayangan yang bernama 'anje' heee :D

Actually, lepas ni tak boleh dah kami nak tido same-same, kiss-kiss pipi, lepas tu siap dukung je si 'anje' tu kalau die nak masuk bilik air hikhik..manje kan kucing tu? nak pegi mane-mane pon kene dukung :P

Ouhh lepas ni, tak mungkin dah buat semua tu, sebab tetibe je aku ade alahan pada bulu kucing. hehh..sejak bila ni? Ntah sejak bila pon tak tau. Minggu ni mengalami kegatalan di muka, di badan dan di mane-mane je. tumbuh bintik-bintik merah, lepas tu akan jadi macam ruam..adeyhh..

Bila pegi jumpe doktor, die kate ni alahan pada bulu kucing. So, doktor tu tak bagi dah tido-tido dengan kucing ni, peluk-peluk, cium-cium pon jangan. Sedihh nye bila tak dapat manje-manje dengan 'anje' lagi. Terpakse la si 'anje' tu tido jauh-jauh..

Yang paling tak best nye mesti akan meninggalkan parut! wahhh macam mane nak interview dengan muka yang banyak parut nih..kene ambik tindakkan ni sebelum interview. Tetibe terasa maluu nak keluar rumah, sebab muka banyak parut alahan hehe...

Tunggu takde parut baru keluar :P Kata kan tak nak pada parut! mintak-mintak la parut hilang sebelum interview. agak-agak sempat tak ye? erm..

*nampaknye kite tak akan bersame lagi..sobb sobbb :'(


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Saturday, April 16, 2011

Tutorial: Letak iklan Nuffnang di blog.


Assalamualaikum..

Tutorial di request oleh Cik Oni :) Dia tanya macam mane nak letak iklan NuffNang bawah post entry. Ok, macam tutorial kat bawah ni ye cik Oni,

Ni untuk letak kat bawah post entry:

Step 1: Harus lah daftarkan diri di NuffNang kan. kalau tak tak boleh nak letak iklan.

Step 2: Dashboard ---> Edit HTML ---> Pastikan Tick Expand Widget Templates.

Step 3: Pegi kat page NuffNang, tekan seperti yang ditunjukkan anak panah bawah ni

Step 4: Cari code untuk " To Put Between Contents ", copy code tersebut dan paste kan bawah code yang ade kat bawah ni:
<b:include data='post' name='post'/><b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><b:include data='post' name='comments'/></b:if>
*Untuk cari code atas ni, tekan CTRL+F dan copy+paste kan code yang di bold tu ye.

Contoh macam kat bawah ni:

Ni untuk letak atas header pulakk:

Step 1, 2 dan 3 same macam atas tadi.

Step 4: Ambik code untuk " To put on header ", copy code tersebut dan paste kan di bawah code yang kat bawah ni:
<body><div id='outer-wrapper'><div id='wrap2'>
<!-- skip links for text browsers --><span id='skiplinks' style='display:none;'><a href='#main'>skip to main </a> |<a href='#sidebar'>skip to sidebar </a></span>
* Cara same je macam nak buat untuk bawah post tu ye.

Contoh macam bawah ni:

Step 5: Cube preview, kalau jadi SAVE la :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Doa ni memang sesuai untuk saya. Anda pon boleh baca :)


Assalamualaikum..

Entry baru berupdate jugekk untuk hari ni. Sebelum ni terasa malas nak update blog sebab tak banyak benda nak di ceritakan kat korang semua. So hari ni tetibe tergerak hati nak meng-update blog setelah menerima beberapa komen dan jejakan yang di tinggal kan oleh orang yang tak berhati kan manusia tu, tapi berhati kan binatang. Tapi..aku tak kisah sangat pon, sebab aku tak akan layan orang gila, sebab takot same-same jadi gile. Aku tak layan orang bodoh macam tu sebab takot sesame bodoh pulakk kan :D

Apa yang mampu dan terpikir dalam kepala hotak yang masih waras ni adalah BERDOA. Agar orang berniat jahat terhadap aku tu insaf dengan perbuatan yang die buat kat aku! Die nak suruh aku bertaubat, tapi diri sendiri tak pernah nak bertaubat. Ehh kau, yang paling aku benci! Kalau nak mengate orang sila tengok diri kau kat cermin tu dulu! Layak ke kau nak kate macam-macam pasal aku, padahal kau sendiri pon tak betul!

OK fine! aku sendiri pon ade kekurangan tapi aku cube mengubah kekurangan yang aku ade, dan aku tak akan sesekali mengata orang lain sebab aku pon manusia biase yang tak lari dari melakukan kesilapan. tapi nampak nye, tuduhan kau tu agak melampau sampai aku pon tak reti nak marah macam mane dah.

Dah dahh..aku tak nak bebel panjang-panjang dalam entry ni. Cume nak post kan beberapa doa untuk orang yang teraniaya macam aku ni. Korang pon boleh amalkan doa-doa ni kalau korang pon kene macam aku.

1. Cara menundukkan orang-orang yang menzalimi ( menganiaya ) kita.
Bacalah bacaan Bismillah sebanyak 50 kali ketika berhadapan dengan orang yang menganiaya kita, bekal kan keyakinan pada bacaan Bismillah. Insyaallah orang tersebut akan merendahkan diri nya di hadapan kita sehingga mulutnya berat untuk mempersendakan kita. Insyaallah :)

2. Doa menghilangkan perasaan marah.

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

3. Doa membungkam mulut orang yang ingin berlaku jahat.

" Ya hayyu yaa qayyumm, yaa badii'as samaawaati wal ardl, yaa dzal jalaali wal ikraam. As aluka bi haqqi haadzihil aayaatil kariimati wa maa fiihaa minal asmaail `adziimati an tuljima faahu `annii wa tukhrisa lisaanahu hattaa laa yanthiqa illa bi khairin auw yashmuta. Khairuka yaa haadzaa baina yadaika wa syarruka tahta qadamaika "

Ertinya: " Wahai dzat yang kekal abadi, wahai dzat yang mengurus semua urusan makhlukNya, wahai Dzat yang Menciptakan semua langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki segala kemuliaan dan kesempurnaan. Aku meminta kepadaMu, dengan hak ( kebenaran ) ayat yang mulia ini (ayat al-kursi ) dan semua yang terkandung di dalamnya berupa nama-nama yang Agung agar Engkau kekang mulutnye ( penguasa / hakim yang zalim ) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata kecuali dengan ucapan yang baik atau dia diam. KebaikkanMu, hai orang ini ada di kedua tanganMu ( hadapanMu ) dan kekejianmu yang ada di bawah kedua telapak kakiMu ".

Ok dah. Tu je yang nak dikongsi. Amalkan, Insyaallah akan terhindar dari sesuatu yang tak di ingini :) Mood ketika taip entry ni muka ade "NUR" ( Cahaya ) hehe ^_^

Dan pesanan buat INIJUE, buat lah ape yang kau nak buat, tak tergugat sikit pon hidup aku sebab aku kenal diri aku sape, dari orang lain yang kenal aku!

Mukaaa adaaa senyummm :)) dahhh.. nak jahit baju, untuk interview hari rabu ni. Tiap kali ade interview, mesti nak kene baju baru. adeyhhh..*ni mak yang ngeluh sebab mak yang kene keluar duit beli hikhik ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Thursday, April 14, 2011

Huhhh cakap pon mengeletar. Nampak sangat lerr penakot!


Assalamualaikum..

Banyak betul sawang-sawang kat blog pink ni ha, akibat tak berupdate sehari. Baru sehari kan, belum seminggu lagi :D Korang nampak tak sawang-sawang tu? tak nampak ye? anggap jela macam nampak ye :P

Semalam busy dengan pencarian kerja kosong, isi borang tu, isi borang ni dan banyak-banyak lagi borang. Daftar kat online pon ade. Lepas tu check pulakk kat Jobs Malaysia, kot-kot ade pulakk jawapan yang positif kan. Dan bila di tengok alhamdulillah, dalam banyak-banyak yang dah apply tu tersangkut la satu jawapan yang positif. Tapi untuk di temuduga je, belum tentu dapat kan :)

Tapi takpe la, asal kan dah berpeluang untuk ditemuduga. Lame ni tunggu, kadang-kadang putus asa jugekk sebab tak dapat-dapat jawapan kan. Kali ni dah dapat senyum sampai ke pipi la hehe..kalau betul-betul dapat keje tu baru la senyum sampai ke telinga kan :D

So, orang tu suruh call MR. Z untuk ketahui mane tempat untuk temuduga tu, dengan perasaan yang berkecamuk nye, nak angkat phone pon macam tak nak call je. Siap pegi practice depan cermin macam mane nak cakap nanti haha..nampak sangat la penakot nye kan :P 

Sebab ape tu? sebab nye aku ni jarang nak cakap-cakap dengan orang. Emak kate, berani la sikit, nanti dah keje macam mane, tak kan mase interview nak suruh emak pegi sekali, lepas tu tolong jawab kan untuk kau. hehh emak perli! Ok berani kan jela diri tu, cakap-cakap dengan orang tu, mane tempat temuduga tu nanti. tu pon cakap dengan nada suara yang mengeletar. Habis je orang tu bagi tau, cepat-cepat cakap terima kasih dan terus letak telefon. hehh!! buruk betul perangai ye.

Dah letak telefon, fuhh lega nye hati ni hehe..tak terkate lega nye tau :D Dengan ini, saya akan di temuduga pada 20 April tahun ni bersamaan pada hari rabu depan, jam 11 pagi bertempat di tutt tuttt.. hehe tak boleh bagi tau. Sebab kat sini kan ade haters, nanti tak pasal-pasal kene bom pulakk kat sane, tak sempat nak di temuduga :P

Ok lah, Doa kan saya ok! :) Kalau boleh nak sangat keje kat tempat tu. Dan aku pon berdoa je ni. mintak-mintak la dapat, aminnn :) bosan dah duduk rumah, mengadap kucing-kucing hehe.. ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Tuesday, April 12, 2011

Masakkan yang terbaikk dari emak tercinta :D


Assalamualaikum..

Yeeayy akhir nye aku kembali berblogging dengan hati yang lebih tenang :) Buang yang keruh, ambik yang jernih kan. Malass nak pikir la entry-entry emo tadi. Buat kotor blog je kan, nanti ramai pulakk yang tak suke hee :D

Jadi malam ni nak post pasal makan-makan la :D Bila tengah keadaan marah tadi, asik pikir pasal makanan je. Apa la yang nak di masak malam ni. Nak makan ape la malam ni. Lepas ni nak makan ape pulakk. Semua nye pasal makanan la hehe.. Bila dapat makan banyak baru la happy kan :)

Terima kasih kat sesiapa yang masih mempercayai diri ni. Sangat-sangat berterima kasih :) Dan yang termakan hasutan tu, tak pe la, redhaa jela ^_^

Malam ni emak masak gulai kuning cendawan busut! yeahhh~ sangat suke kan cendawan. Dan dah lame tak makan gulai cendawan masakkan emak. Terima kasih emak sebab melayan selera anak yang banyak cekadak ni :P

Nak makan kenyang-kenyang malam ni. Nak lupakan kejadian buruk yang pernah berlaku. Anggap je takde pape yang jadi, kan senang :) Ouhh alangkah tak best nye sebab di saat memerlukan Mr.Awak time macam ni, die takde pulakk..sibuk dengan keje kot. Takpe la, paham, paham..Nanti kalau die dah tak sibuk nak cerita puas-puas! ^_^

Dah dahh..korang tinggal sini eh. nak pegi makan dengan girang nyeee. weeee~ :D



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Bila Uwan dah mula bercerita ^_^


Assalamualaikum..

Perkara semalam membuat kan diri ni lagi sangat matang. Tak suke nak gaduh-gaduh sebenarnye. Tak suke jugekk nak mengumpul musuh, sebab aku nak hidup dalam keadaan yang agak tenang tanpa gangguan mane-mane haters.

So, pagi ni mula bangun dengan senyuman dan hati yang lebih tenang. Lupa kan ape yang dah jadi semalam. Tak nak marah-marah, tapi kalau Cik Anon tu mula kan lagi, ape boleh buat. Buat dekkk je dah la kan, asal kan kelakuan kau tak melampaui batas kat blog aku ni.

Pagi tadi terasa nak masak awal pulakk, sebab adik ni ngengade ngidam nak makan sambal udang. Ingat kan reti buat, tapi siap panggil uwan lagi datang rumah mintak tolong ajar kan hehe..

Cik T-pah : hokk alohhh, sambal udang pon tak reti. reti makan je :P
Adik : lahhh, kau ni. nak belajar la ni :D

Sambil-sambil masak tu, dan uwan pon terjumpe la dalam peti ais, cendawan busut yang dibeli oleh abah malam tadi, tapi tak di rapi kan lagi. Jadi, uwan dengan kuasa rajin nye, ambik la cendawan tu nak di rapi kan. Sambil rapi kan cendawan sambil bercerita.

Mula-mula cerita pasal ape ntah, tetibe pulakk uwan masuk cerita sukan, :)

Uwan : wan dulu main bola jaring tau kek sekolah hehe..
Cik T-pah : Fuyoooo..terer gilo wan, main bola jaring tuuu :D
Uwan : Alahh maso tu mudo-mudo laie, aktif la bersukan ni haaa. Bukan setakat bola jaring, lompek pagar, laghi berganti, galah panjang..hahh sonang koba wan sumo eh main la *muke nak bangge hehe

Dah habis cerita pasal sukan, wan cerita pulakk pasal die muda-muda dulu macam mane. Sampai la cerita pasal sampai dah kawin dan dah ade anak. Terbongkar la semua kenakalan si Abah, dan pakcik, makcik mase kecik-kecik dulu hikhik ^_^ 

Syokkk je dengar orang tua bercerita kan. Duduk pulakk mengadap wan macam kecik-kecik dulu, dengar cerita dongeng. :) Rindu sangat mase kecik-kecik dulu. kalau wan tengah masak kat dapur, ikut la wan ke dapur jugekk. Bukan nye menolong hehe, tapi dengar cerita-cerita wan :)

So, hargai lah orang tua yang kite ade. tak semestinye ibu bapa, tapi atok dan wan pon kene jugekk. Sebab kalau takde atok dan wan, maka takde la emak abah kite kan. Dan kalau takde nye mak abah kite, takde la kite jugekk. Sedih sangat bila tengok cerita-cerita kat tv tu, pasal anak-anak bila dah besar hantar emak abah pegi rumah orang-orang tua. Padahal kite ade je nak jage dorang.

Tak nak la jadi macam tu. Selagi masih ade dan cukup nye kudrat ni, aku tak kan hantar la emak dan abah ke rumah orang-orang tua. Biar la diri sendiri yang jage. Fikir la dengan sebaik-baik nye kalau ade sesiapa berniat nak hantar emak abah kat rumah orang-orang tua, kalau dah besar nanti kan. Tak mustahil korang pon akan di perlakukan macam tu jugekk oleh anak-anak korang nanti.

P/s : Sayangi la mereka seperti mereka sayang kan korang dan hargai la mereka seperti mereka hargai korang macam sekarang ni :)


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Sunday, April 10, 2011

Laparkan Goreng Pisang Mak Cik tu! :'(


Assalamualaikum..

Entry di hari minggu :) Jarang kan tengok cik t-pah post entry di hari minggu. kalau ade pon mesti nak tunggu malam. tapi hari ni tetibe terasa nak post entry pulakk. Dan hari ni hari minggu yang paling membosaankan sebab tak banyak keje nak di buat.

Hari ni bersarapan kan mee hokien yang dimasak oleh emak. Emak kate, saje nak cube resepi yang isteri kawan emak bagi dan ternyata sungguh sedappp ^_^ Bila tengah hari je emak tak tau nak masak ape dah, sebab masing-masing pon tunjuk muke kekenyangan lagi :)

Masuk je waktu tengah hari, uwan pulakk kasi lauk gulai kuning ayam kampung dicampur dengan cucuk pegaga..huhh mak pon mengeluh dengan senang hati nye sebab tak payah susah-susah nak pikir nak masak ape tengah hari tu :D

Dan bila petang-petang macam ni, mula la perut ni rasa lapar balik, tapi tak terasa nak makan nasik. Cuma nak buat kunyah-kunyah je. Maka, suruh la abah pegi beli goreng pisang kat makcik yang selalu dibeli abah goreng pisang nye. Serius memang sedap makcik tu punye goreng pisang. Emak kate, kalau goreng sendiri kan same je, sedap jugekkk..

Tapi ntah pape, hari ni tetibe kegedikkan pulakk memang terasa nakk sangat makan goreng pisang makcik tu. Mase abah keluar pegi beli, abah call rumah, bagi tau makcik tu tak bukak gerai hari ni :'( wuuuu~ sadisss sungguh. kempunan nak makan goreng pisang makcik tu :(

Abah : Nak goreng pisang lain tak?
Cik T-pah : TAK NAK dan TAK AKAN NAK!
Abah : huhhh memilih! tak nak sudah :P

Oleh itu abah balik dengan tangan kosong je wuuu~ Emak pon pegi dapur dan teruss goreng pisang yang ade hehe.. Dalam nak tak nak makan jugekk tu, sampai nak habis dahh hikhik ^_^

Emak : kate tadi tak nak, tapi habis jugekkk
Cik T-pah : Heeee :D *sengih je mampu (,")

Tengah post enrty ni sambil minum petang. Jom join sekaki ^_^



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^