Thursday, September 29, 2011

Hukum perempuan yang dah berkahwin curang!


Assalamualaikum..

Berat perkara yang nak dikongsi nih..tapi ape-ape pon entri ni bukan nak perli sesiapa atau sakit kan hati sesiapa. cume peringatan dan sedikit nasihat kepada mereka yang sudah berkahwin walaupon aku belom :D

Ape hukum nye seseorang wanita yang sudah berkahwin tapi dalam hati sayang dan sentiasa mengingati orang lain (lelaki) yang bukan suaminye..

Dah tentu-tentu la HARAM! & DOSA BESAR!

Ni semua kebanyakkan nye berlaku pada wanita yang berkahwin muda. Mungkin tak puas nak bebas, tetibe dah kawin kan. Tu sebab la orang kate, perkahwinan ni bukan nye macam main kawin-kawin mase tadika dulu..Tu semua kene ade kekuatan fizikal dan mental jugekk..

Bile di tanya kenapa awal sangat nak kahwin:

1) Boleh mengelakkan maksiat.

- Maksiat tu boleh je di elakkan dengan cara lain sebelum berkahwin..
- kalau buat maksiat sebelum berkahwin, kite dose dengan Allah..
- Tapi kalau kite buat maksiat selepas berkahwin, dengan lelaki lain (curang) kite dah berdose dengan Allah dan suami kite kan..ishh tak nak la macam tu kan..

2) Boleh mengelakkan fitnah orang.

- Biar kan la orang fitnah kite asalkan kite tak buat kan..
- Tapi kalau kite curang dengan orang lain bukan fitnah da name nye..orang yang bawak mulut dah dose, awak tu yang buat perkara tak baik belakang suami lagi la berdose besar!

Ape yang boleh cakap kat sini, sebenar nye tak salah pon kawin awal ke lambat ke. Janji kite tau apa batasan perhubungan kite dengan orang lain (lelaki) selepas bergelar isteri orang.

Tak kire la tu pilihan keluarga atau sendiri, jodoh tu ka ketentuan Allah, terime la suami kamu seadanye..Kalau dah tau tak suke atau tak cinta kenapa boleh kahwin kan! 

Sebelum berkahwin tu, pikir la sebaik-baik nye, betul ke kau dah bersedia nak pikul tanggungjawab yang ada lepas kahwin nanti? Boleh ke kau tinggalkan jiwa muda kau lepas kahwin nanti?

Kalau dah betul-betul bersedia baru la melangkah kan kaki ke alam perkahwinan..bukan nye ape, kalau semua tu takde nanti, boleh merosakkan hubungan rumah tangga kite kelak.

P/S: Jangan anggap entri ni untuk memerli sesiapa. takde niat lansung pon ok. Ni cume nasihat untuk kaum wanita yang akan berkahwin dan sudah berkahwin. Ni pon untuk mengingati diri aku jugekk (:

Kalau fikir perkahwinan tu satu keseronokkan, baik batal kan saje hajat tu




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

7 comments:

Fatin Farhana Binti Ramli said...

KESIAN KAT SUAMI..

sarah mohamad said...

perkhawinan adalah rasa tanggungjawab antara 2 orang dlm melayari alam berumah tangga. :)

Miss Euoni said...

HUHU ~!! betul tu cik t-pah .. Baru2 nie pun kawan Oni de cite kat Oni .. About his ex wife .. sebijik macam topik ni lah . dat's y pompuan tu dapat talak . hurmm ..

Cik T-pah said...

Fatin: bukan takat kesian kat suami..kesian kat anak( kalau ade ) kalau berlaku penceraian nanti kan..

Cik T-pah said...

Sarah: betul tu (:

Cik T-pah said...

Miss Euoni: Tu sebab la sebelum kawin tu kene bersedia, boleh ke kite pegang tanggungjawab tu, sebab sebagai isteri orang byk pantang larang nye..

Miss Euoni said...

Tu lah . Banyak sangat cabaran bgelar isteri nie . Rasa takut plak nak melangkah ke alam tu . hihihihi . Hope perkara camtu tak jadi kat diri kita kan . [*insyaAllah] cik t-pah bila lagi ??