Saturday, April 30, 2011

Kawan yang kawin, tapi aku pulakk sedih tetibe


Assalamualaikum..

Haa update entry untuk hari ni punye. Malam ni kepenatan sebab baru balik dari kenduri kawin, kawan baik mase sekolah rendah dulu. Di Melaka. Wahh~ nampak nye die dah mendahului ni hehe..

Sepatutnye pergi besok, sebab kenduri yang sebetulnye adalah hari besok. Tapi memandangkan besok banyak pulakk kenduri yang berdekatan dengan rumah ni, maka abah pon membuat keputusan untuk datang kenduri tu hari ni. Dapat la jugek tengok walaupon akad nikah je kan :)

Sangat cantik ok, die hari ni. Walaupon sebelum-sebelum ni die cantik jugek tapi hari ni lagi sangat cantik. Bila jumpe die tadi tetibe je nak mengalir air mata. Entah kenapa la pulakk hati ni tetibe sedih tengok die kahwin, sepatutnye gembira kan tengok kawan kahwin hehe..

Tak nak cakap banyak, cume aku ucapkan semoga die bahagia di samping keluarga yang baru di bina ni sampai ke akhir hayat ye. :) ok dahh.. asal kan ber update je ni. Nak tido dah, sebab terlampau penat. ^_^ Selamat Malam..





Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

Friday, April 22, 2011

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH: Bab 1


Assalamualaikum..

Hari ni jom aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat dari baca buku Fadhilat Ayat-Ayat Di Dalam Al-Quran. Tetibe terasa syok pulak bila terbaca buku Agama ni. Tak rugi tau kalau baca. Penuh dengan ilmu untuk dibawa ke Akhirat nanti *tetibe jadi ustazah :D Kalau dulu mane nak tengok dan baca buku-buku macam ni, apa yang di cari banyak novel cintan cintun je. tapi bila dah terbaca buku ni, terasa macam nak baca lagi dan baca lagi :)

Bab pertama hari ni, nak bagi 2 kelebihan BISMILLAH:

1. Mendatangkan pelbagai Hajat.

Caranya: Bacalah "Bismillahir rahmaanir rahim" sebanyak 12 000 kali. Setiap akhir dari 1000 bacalah "Selawat dan Salam" kepada Rasulullah SAW seperti di bawah:

"Allaahumma shalli wa sallim 'alaa sayyidina Muhammad"

Setelah genap 12 000 yang beerti bacaan selawatnya sebanyak 12 kali, lalu mintalah kepada Allah iaitu berdoa apa yang dihajatkan. Insyaallah dengan ikhtiar ni, Allah akan mendatangkan semua apa yang dihajatkan :)

erk..susah ke nak baca 12 000 kali tu? Macam susah kan? tapi tak susah kot sebab ayat nye pendek je. Dari duduk mengadap facebook dan blog dari pagi sampai malam, apa la salah nye kalau buat sekali sekala kan :)

2. Mengelakkan dari gangguan syaitan.

Caranya: Bacalah Bismillah sebanyak 21 kali masa nak tidur. Selepas baca Bismillah tu, jangan berkata apa-apa dah sampai terlelap tidur.

Insyaalah akan terselamat dari gangguan syaitan, pencuri-pencuri, meninggal secara mengejut dan malapetaka seperti ribut, runtuh dan sebagainya.

Ok, bagi 2 jelah dulu. Yang lain di next entry :) Nanti panjang sangat entry untuk yang ni kan. kot jenuh nak bace panjang-panjang kan ^_^

P/s: Ehh ehh..aku baru je dapat keje. Orang tu tanya nak masuk keje bila. Aku cakap jela awal bulan depan *suke hati je eh :P Dah orang tu bagi peluang masuk bila-bila aku suke, suke hati aku la nak masuk bila kan. hehe.. Sukeeee nyeee :D tak sabar-sabar ni :)




Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^