Friday, December 17, 2010

Bila fikiran melayang.. =P


Salam readers, selamat petang untuk semua. fuhh~ bosan sebenar nye, tak tau nak buat apa. Nak keluar jalan-jalan asyik hujan je. tak nampak matahari pon hari ni, mendung je. Sejukk pulakk tu, best nye dapat tido. tapi asyik tido je pening dah kepala nih, sebab tak ada aktiviti yang sihat.. :D 


Bila dah bersendirian tu, mula la otak ni berfikir dan ingat kan benda-benda yang lepas. Masih segar lagi kot dalam kepala ni. susah nak dilupakan..tapi saya percaya akan diri sendiri..! saya mampu lupekan perkara yang lepas..! *itu janji saya. Saya nak hidup bahagia, senang hati, tiada gangguan, dan hati tenang macam orang lain jugeekk..saya mesti boleh ok..!! Saat kesedihan yang datang ni muncul seseorang yang boleh mengubatkan luka di hati. awak dah berjaya mengambil hati saya walaupon belum sepenuh nye *saya akui  


awak ada bila saya memerlukan seseorang untuk menceritakan masalah. awak adalah otak saya jugeekk..awak fikir kan untuk saya *sebab saya suke buat sesuatu tanpa berfikir.  thanks awak. awak sudah menyelamatkan saya dari terus hanyut melakukan kesalahan. thanks awak. awak jugeekk penasihat terbaik saya. dulu saya ni susah nak terima nasihat orang, tapi tak tau kenapa dengan awak saya jadi boleh terima apa yang awak nasihat kan. thanks sekali lagi awak. 


awak jugekk menyokong saya sepenuh nye untuk berubah ke jalan yang benar *saya sangat berterima kasih. Hurm mulai saat ni saya sangat memerlukan awak sebenar nye. bila ingat pasal awak saya jadi tenang =) awak hadir tepat pada waktu bila saya memerlukan..tapi saya takot dengan perasaan ni. saya takot mungkin satu hari nanti awak bukan untuk saya, dan akan meninggalkan saya bila saya memerlukan awak. saya tak nak semua tu terjadi. cukup la apa yang pernah saya rasa dulu. tak sanggup rase nye nak lalui semua tu lagi. 


Awak, saya akan berdoa biar lah awak untuk saya dan saya untuk awak. tapi kalau sudah takdir bukan macam tu saya terima dengan redha. Saya tak akan mengharap apa-apa pon. sebab saya takot kecewa dengan harapan saya tu. Thanks awak untuk semua ni. Saya hargai awak. Jika betul awak untuk saya, saya bersyukur sangat sebab ada perlindung macam awak dan saya akan hargai semua tu..saya janji..

Bye..!



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

No comments: