Sunday, March 27, 2011

Aktiviti untuk seharian tadi :)


Assalamualaikum..

letup-letup kan jari-jemari, peletok kan kepala dulu, tegang-tegang kan segala urat-urat yang berada dalam badan ni. dan seterus nye mula la menaip entry! wahhh rase sungguh rindu pada blog pink kesayangan saya ni heee :D baru perasan hari ni tak ber update rupa nye.

Hari ni busy dengan aktiviti di dalam dan di luar rumah sampai lupa yang saya ade blog hehe..Bangun pagi je mula kan dengan mengemas katil supaya mak tak banyak membebel dan sebagai tugas anak dara jugekk. Di ikuti pulak menolong emak untuk membuat sarapan pagi di dapur, seterusnye bersarapan pagi dengan keluarga tercinta :D Hari ni sarapan cekodok tepi kuali hehe..

Korang penah dengar tak jenama kodok tu =P mesti ade yang penah buat dan ade jugekk tak tau lansung kan. alaaa..kodok tu diletak kan dan digoreng tepi kuali je. dan rasa nye sangat rangup dan sedap ok! dicicah pulakk dengan sos keropok lekor+sos life :)  takde gambar pulakk nak tunjuk. kalau buat lain kali mesti kene tunjuk ni! :D

Selesai je bersarapan, bergelumang pulakk dengan kucing-kucing yang ada. membasuh sangkar yang sangat berbau harummm semerbak kasturi yang dah busuk :P bagi anak-anak kucing makan seramai lima ekor. * ok, ni keje adik :P saya cuma tukang tengok je hehe..

Habis je menguruskan hal kucing-kucing, sapu dalam rumah dulu dan mengemop lantai sampai kan sesiapa yang lalu akan tergolek :P Lepas tu, emak pulakk mengajak mengemas di luar rumah. mengcangkul rumput-rumput yang sangat degil, tak mati dek racun, tapi mati dek cangkulan tuan rumah. Buat semua keje ni dengan tak mandi lagi tau hehe..saje nak kumpul bau-bau yang harummm :D

Bila dah tak terdaya lagi, emak pulak mengait kelapa yang ada depan rumah. ambik yang muda-muda untuk dijadikan air minuman. wahhh..syokkk wooo~ sesekali dapat minum air kelapa yang fresh. Biase la, depan rumah banyak pokok kelapa. bila-bila je boleh ambik, cume keadaan yang sangat malas tak mengizinkan untuk mengait kelapa tu :P 

Ok habis keje di luar rumah, menolong emak pulak di dapur untuk masak makanan tengah hari. tapi goreng ikan bilis dan terung masak cili api je hehe.. Keletihan dah menangani kelaparan. makan pon ala kadar je huhu. tapi best tu bila sehari tak makan lauk ayam. asik makan ayam je, pupus la ayam nanti.

Dah masak, dah makan, dan dah mandi serta sesudah nye solat zuhur. habis semua dalam rumah ni terbongkang tido. hari ni cuaca amat panas, tapi boleh tido dengan lena nye lagi sebab masing-masing amat keletihan. sedar-sedar je dah jam 6 petang. tido jam 3 petang. itu pon sedar sebab mak lang sergah kat tingkap bilik, nak bagi goreng pisang untuk minum petang hehe..

Cepat-cepat bangun untuk solat asar pulak. masing-masing pon bangun macam mamai je lagi hehe.. sudah je solat asar, ape lagi mesti lapar kan. makan pulak goreng pisang yang diberi oleh maklang tadi. macam biase bila dah masuk maghrib siap-siap la untuk solat maghrib kan. dan sekarang baru teringat nak update blog kih kih kih ^_^

P/S: Maaf ye. tersangat panjang la pulakk entry kali ni. Biase la bila excited nak bercerita heee :D Sesiapa yang bace tu, terima kasih daun keladi, sebab menyabar kan diri untuk bace entry yang terpanjang untuk hari ni :)



Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

4 comments:

Cik Ezy said...

wahhh best nye weekend cik tpah..
hihikkk...
family diutamakan..

Miss Euoni said...

anak dara spenuh masa ler hri ni ekk .. :P

Cik T-pah said...

Cik Ezy: yeahh~ hari weekend yang paling best sebab dapat kumpul ramai-ramai :)

Cik T-pah said...

Miss Euoni: hik hik ^_^ tau takpe. weekend je dapat jadi macam tu :D