Tuesday, March 22, 2011

harta tu penting sangat ke?


Assalamualaikum..

aishh kejap je masa ni berlalu. dah petang dah kan. petang-petang macam ni sedap tu makan cekodok panas dengan air teh. kejap lagi nak buat la. terliur pulakk tetibe. hee :D time macam ni jugekk best tu mengumpat sesama keluarga.hehh tak baik betul =P bukan mengumpat la, bercerita je =)

mak yang mula cerita dulu. mak cerita balik ape yang die borak-borak kat pejabat tadi. hehh mak ni takde keje eh =P ade kot tapi tak banyak. biasa la kalau perempuan duduk-duduk tu mesti ade je bende nak jadi bahan kan. mak kate mak dengar-dengar je, tak masuk campur pon. yeke ni..? ke join sekaki =P mati jap lagi kene lempang hehe..

orang zaman sekarang ni, suke sangat la bergaduh sebab harta. walaupon harta tu seciput je, tak banyak, tetap nak berebut jugekkk. yang di nak kan tu harta orang pulakk tu, bukan nye harta sendiri. ni cerita harta pusaka la konon nye. tak pernah cukup dengan apa yang dah ada. harus ke jadi tamak..?

tak bawak kemana pon harta tu cik-cik, pakcik-pakcik dan makcik-makcik oiii.. akhir-akhir nanti kite ni ke kubur jugekk kan. tinggal la harta tu terkoteng-koteng kat muke bumi ni haaa.. yang penting kite kene kaya dengan amalan yang baik. baru la aman dunia akhirat kan.

yang pelik tu, kadang-kadang  sebab harta kite nak bermusuh. huishh penting betul ye harta ni. ada yang adik-beradik, saudara-mara, bermasam muka sebab harta. tak patut betul. yang tua-tua pon same je. rumah dah kate pegi, kubur dah kate mari, tu pon tak reti-reti lagi.

pesanan terakhir, sile jangan ambik harta yang saya ada di blog ni! hehe.. *tetibe =P selamat minum petang.. ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

2 comments:

miss frog said...

zaman skrg...bharta susah..tak bharta pon ag lah susah...suma to bgantong ngn individu to..

Anonymous said...

Betul betul betul...kalau nak tahu, itu lah tanda tanda akhir zaman. Manusia lebih suka mengira/mengumpul hartanya daripada menjalankan perintah Allah...

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

(H.R.Bukhari Muslim)