Friday, March 18, 2011

nampak macam mudah. tapi..


Assalamualaikum..

selamat petang jumaat =) eh.? betul ye hari ni hari jumaat..? tak salah hari ye..? dahh! dahh! jangan nak kusut-kusut kan kepala. betul la hari ni hari jumaat. tak kan la hari sabtu pulakk. cepat sangat tu mase berlalu =P ehem ehemm..mesti ade orang kate 'ape laa yang kau merepek tak tentu arah ni cik t-pah hoooii..patut la takde orang bace blog kau' =P hehh..yeke takde orang bace..? sampai hatiii :'( *tetibe touching =P

haaa permulaan yang agak memeningkan kan..? heheee :D erm ok la, nak cerita la ni =) sebagaimana orang lain tau, akak-akak dan terutama nye pakcik-pakcik dan abang-abang jugekkk pada adik-adik lelaki yang di luar sane *agak skema jap hari jumaat ni orang kate hari mulia. dan hari orang lelaki yang sudah baligh atau cukup umur nye, wajib menunaikan SOLAT JUMAAT kecuali yang keuzuran. hehh tak reti la nak berbahas sangat ni sebab saya bukan ustazah =P meh nak copy sikit info mengenai hukum solat jumaat =)

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.


haa tu la die serba sedikit tentang hukum solat jumaat. dosa kan kalau tak pegi..? mesti la dosa! mane boleh tak berdosa kan. nak nak pulakk orang yang tak pegi 3 kali berturut-turut lagi la berdosa yang amat besar kan. nampak macam mudah kan solat jumaat ni. tapi kenapa ramai je yang tak pegi. bukti..? 


ok kisah pertama: tadi pegi kedai, tauke nye lelaki islam. tak pegi solat jumaat ke orang tua ni..? padahal dekat je dengan masjid. tapi kenapa die tak pegi..? pelik betul. jangan kate uzur kan. nampak sihat walafiat je. siap boleh gelak besar lagi tanpe segan silu.

kisah kedua: sebelum ni ade jugekk nampak. adik sekolah agama dulu. macam biase kalau die balik untuk cuti die akan suruh ambik pada hari jumaat tengah hari. memang mak yang akan ambik die sebab abah nak kene pegi solat jumaat. tapi bile tengok situasi kat sekolah tu. ade jugekk bapak-bapak, pakcik-pakcik yang datang ambik anak die mase tengah solat jumaat. kat sekolah tu ade je masjid. orang tengah solat tu. nape tak join sekaki kan =P anak sekolah agama, bapak tak pegi solat jumaat. hehh nak tanye kang kate kuanggg ajaqqqq! buat-buat tak nampak jela, walaupon tertanye-tanye jugekk sampai sekarang.

kisah ketiga: dulu-dulu kale kalau berjalan jauh-jauh mase cuti sekolah, terkena pulakk hari jumaat. mesti abah dengan atuk pegi singgah masjid untuk solat jumaat. ade la nampak adik-adik ke abang-abang ke tak tau la kan. pegi je masjid tapi tak masuk. orang dah nak selesai kutbah dah. tak jugekk masuk. mereka tu buta ke pekak..? tak reti-reti nak masuk solat jumaat. boleh pulakk duk nyembang-nyembang kat luar masjid tu. tak malu ke..? kot ye pon tak nak solat jumaat tak payah la malu kan diri kat sane. buat tambah dose orang je mengate kat kau. baik duduk rumah, kunci pintu, duduk bawah selimut! dah habis nanti keluar la.  bile abah dah sudah je solat. tetibe teringan kaki pulakk jalan ke budak-budak tu. pegi tanye ' kau tak solat ke dik..? ' dengan selambaa biawakkk nye die kate, ' ala janji datang ' cehh datang tapi tak solat buat pe! mungkin die dapat pahala kedatangan je kot =P

banyak lagi kisah nye. tapi malas nak taip bebanyak. nanti sakit hati. wahai orang-orang lelaki yang beragama islam di luar sane. sileee la anda mengahadiri solat jumaat. kalau hadir dan lakukan nye banyak pahala. kalau hadir je tapi tak bua,t baik tak payah datang! dapat dosa je. buekk malu mukooo yooo! kat rumah, kalau adik lelaki bongsu *tak baligh lagi la tak pegi solat jumaat saya tetibe akan jadi naga haha..mula la akan marah sampai die pegi bersiap. dari kecik la kene suruh dan ajar kan..? kalau dah besar nanti besar kepala pulak. taubat ye! taubat! aikk..tetibe jadi ustazah pulakk petang ni..hehe..alaaa sekali sekala kan. bukan selalu. saje nak bagi nasihat =)

Bye..!

Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

1 comment:

ezy.fia said...

org laki kalo dh malas mcm2 bg alasan xnk pegi smyg jumaat..
hehe..
arap2 la bakal suami saye xmcm tu..
kalo mcm tu pakat pulas je tinge die.. haha