Friday, July 1, 2011

Cara menghilangkan kesan lecur


Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit dengan korang cara-cara nak menghilangkan kesan lecur pada kulit..tak kire la tangan ke muke ke, tak kisah..Sebenarnya, memang saje cari petua ni sebab tadi bila tengah goreng ayam tetibe minyak panas tu melompat! terus minyak tu lompat ke muke!!

Adeyhh..sakit hanya tuhan yang tahu..rase macam nak meraung pon ade..tapi buat penat je menangis sebab tak akan ade sesiapa pon yang dengar..tinggal keseorangan kan..wuuuu~ :'(

Habis pipi ni tau..besar pulakk tu kesan nye. geram betul! ade je yang nak mencacat kan muka..So, petang ni tetibe terasa nak cari petua nak hilangkan parut lecur..dan tetibe terasa nak terkongsi dengan korang pulakk :D

Cara pertama:

Sapukan ubat gigi (tak kire la apa jenis ubat gigi pon) pada kesan lecur untuk mengelakkan kesan tu menggelembung.. kalau dah gelembung tu jangan di cucuk sampai pecah pulakk..nanti lagi la nampak teruk..

Gambar dari google :)

Cara kedua:

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
( yang ni cilok dari google )

Ok tu jela yang dapat nak dikongsi. Dan sekarang masa untuk letak ubat supaya tak berparut teruk :) daaaaa ^_^


Terima Kasih sudi baca,jangan lupa baca lagi ^_^

1 comment:

sarah mohamad said...

kalau yg letak ubat gigi tuu dah tahu tapi kalau letak kentang tuuu baru je tahuu hehe